Aktor Daniel Craig dan pengarah filem, Danny Boyle bakal bekerjasama dalam filem aksi perisik, James Bond buat kali kelima!

Bakal ditayangkan di pawagam pada Oktober 2019, Universal Pictures akan memegang hak pengeluaran filem ke-25 mengenai perisik Britain terkenal, James Bond.

Boyle pula akan mengarahkan filem yang dinanti-nanti peminat agen 007 yang akan ditayangkan di United Kingdom pada 25 Oktober 2019.

Pelakon berusia 50 tahun itu, mengejutkan ramai peminat James Bond dengan keputusan memainkan watak perisik licik itu.

Pernah suatu ketika dahulu, Craig dipetik sebagai berkata dia lebih sanggup mengerat tangannya daripada memainkan watak itu sekali lagi.

Menurut Michael G. Wilson dan Barbara Brocolli dari EON Productions, filem ini akan memulakan penggambaran pada Disember di Pinewood Studios bersama rakan kongsi, MGM.

Menurut Presiden kumpulan di MGM, Jon Glickman, "sudah hampir 16 tahun sejak'Die another Day diedar oleh MGM dan ia sangat memuaskan kerana MGM akan mengedarkan filem ini bersama kumpulan Universal."

Pada Mac, Boyle yang berusia 61 tahun itu telah menerbitkan satu teaser di media sosial yang menyatakan dia sedang meneliti skrip filem perisik itu.

Craig sebagai perisik pernah membintangi Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.