SELEPAS tertangguh lima kali selain pandemik yang melumpuhkan industri, filem James Bond ke-25 "No Time to Die" akhirnya diraikan dalam acara penuh gemilang pada Selasa.
Filem terakhir 007 lakonan Daniel Craig ini antara yang terawal terkena tempias akibat pandemik COVID-19 tahun lepas.
Selain itu, ia turut mengharungi pelbagai krisis antaranya pertukaran pengarah, penulisan semula, beberapa kelewatan.
Namun, di sebalik semua itu, tayangan perdana filem James Bond ke-25 akhirnya dilangsungkan di venue berprestij dunia Royal Albert Hall, lapor Hollywood Reporter.
Kali terakhir francais filem 007 diberi sambutan sama adalah sekitar enam tahun lalu untuk filem "Spectre".
"Cukup luar biasa," kata pelakon utama Daniel Craig di pentas permaidani merah untuk filem Bond terakhirnya ini.
"Saya benar-benar tak sangka kita akan sampai di sini, tetapi inilah saatnya. Saya tak sabar untuk meraikannya dengan semua orang. Saya cukup berbangga.
"Kami tidak hasilkannya untuk diri kami sendiri; kami hasilkannya agar orang ramai dapat menontonnya di pawagam.
"Dan kami akan menontonnya di layar perak malam ini, di mana filem Bond sewajarnya ditayangkan," kata Craig lagi.
Turut hadir pada majlis gilang-gemilang itu ialah Putera William, Kate Middleton, Putera Charles dan Camilla Parker-Bowles.
Tetamu pada tayangan perdana itu diwajibkan menunjukkan ujian COVID-19 yang negatif sebelum dibenar masuk.
Para tetamu juga "amat digalakkan" untuk memakai pelitup muka sepanjang masa, mengikut aturan pada jemputan rasmi.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021
Daniel Craig di pentas permaidani merah untuk filem Bond terakhirnya No Time to Die. -Reuters
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Landskap geopolitik sudah berubah, Malaysia perlu tingkatkan keupayaan risikan - Penganalisis
Perisikan kini melibatkan kepakaran pengutipan data manual dan juga kepakaran mengesan serta menterjemah data dan maklumat alam siber.
Daniel Craig ucap 'selamat tinggal Bond' pada tayangan perdana 'No Time to Die'
Filem terakhir 007 lakonan Daniel Craig "No Time to Die" ini antara yang terawal terkena tempias akibat pandemik COVID-19 tahun lepas.