PELAKON kacak Kamal Adli meluahkan rasa bangga apabila isterinya aktres Uqasha Senrose sanggup melakukan aktiviti mencandat sotong meskipun dalam keadaan yang tidak selesa.
Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.
“Saya sangat bangga Qasha boleh ada di sebelah saya masa kita candat sotong dalam keadaan bot yang bergelombang, lepas tu dia siap masakkan sotong segar tu atas bot, dalam keadaan tak selesa, momen tu sangat sweet pada saya.
“Itu adalah pengalaman pertama saya mencandat sotong, selalu saya tengok video adik-adik saya yang buat aktiviti candat sotong.
“Saya memang excited masa nak pergi tu, cuma bila pergi tu tak sangka waktu sotong tengah kenyang, total kami dapat tujuh ekor,” ujar Kamal ketika ditemu bual.
Jelas Uqasha lagi, mengikut suami melakukan aktiviti mencabar seperti mencandat sotong cukup memberikan keterujaan.
“Sebelum ni Qasha pun tak pernah buat sebarang aktiviti memancing mahu pun candat sotong. Tapi bila dapat peluang buat aktiviti ni bersama dengan Kamal, Qasha on je.
“Tambahan pula Qasha bukan seorang yang mabuk laut. Dulu pun Qasha suka buat aktiviti island hopping,” ujarnya lagi.
Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton "The House" musim terbaharu ini.
Saksikan tayangan perdana "The House Kamal dan Uqasha" setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104).
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 11 2022
Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati. -Gempak
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
'Tradisi' candat sotong di Kedah dengan keistimewaan tersendiri
Candat sotong di pantai barat pada kedalaman lima hingga lapan meter, di pantai timur pula pada kedalaman lebih 10 meter.
Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Program Candat Sotong Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.
'Dapatlah 7 ekor' - Kamal Adli, Uqasha cerita pengalaman pertama kali candat sotong
Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.
Nelayan OKU keluar candat sotong ditemui maut dalam bot
Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, dijumpai adiknya kira-kira jam 5.10 petang Isnin sekitar jarak lima batu nautika dari Kampung Batu Buruk di sini.
PKPP: Tempahan bot sewa candat sotong meningkat, nelayan sedia jalani normal baharu
Tempahan diterima untuk turun mencandat oleh orang awam mula meningkat sejak negara beralih kepada fasa pemulihan PKP.
Jadikan candat sotong produk pelancong
Aktiviti mencandat sotong yang mula dipromosikan kerajaan negeri Terengganu beberapa tahun lalu kini semakin popular.