Datuk M. Daud Kilau lemah tapi stabil - Isteri

Nursyazwani Saiful Sham, Asyraf Roslan
November 12, 2020 14:48 MYT
Sebelum ini, penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, disebabkan mengalami sesak nafas pada petang Khamis.
Isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika dihubungi malam ini, memaklumkan penyanyi berusia 83 tahun itu bagaimanapun berada keadaan lemah.
"Datuk baik-baik sahaja, cuma dia tengah lemah sedikit.
"Doktor minta untuk berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan," katanya kepada Astro AWANI.
BACA : Penyanyi M. Daud Kilau dikejarkan ke hospital selepas alami sesak nafas
Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang Khamis selepas mengadu sesak nafas sejak malam Rabu.
Sebelum ini, penyanyi itu yang sinonim dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
#Datuk M Daud Kilau #Hospital Teluk Intan #kesihatan #penyanyi veteran #sesak nafas #masalah kesihatan #stabil #lemah