Datuk Seri Vida bersyukur impian bawa anak tahfiz tunai umrah tercapai

Gempak
Oktober 26, 2017 10:11 MYT
Rata-rata pengikut DSV mengakui kagum dengan sikap baik hati yang ditunjukkan olehnya dan berharap agar dia dapat membantu lebih banyak insan yang memerlukan. - Foto Instagram Datuk Seri Vida
JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida (DSV), bersyukur impiannya untuk membawa anak-anak tahfiz menunaikan umrah akhirnya tercapai.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, DSV mengakui dia telah lama menyimpan hasrat itu dan beberapa kali rancangannya tergendala akibat mengalami masalah.
"Alhamdulillah, setelah banyak kali tergendala akhirnya impian saya tercapai untuk membawa anak-anak tahfiz tunaikan Umrah.
"Cuma saya tidak boleh pergi bersama mereka. Apabila saya balik dan kini giliran mereka yang pergi. Tak apalah, yang penting lepas hasrat saya.
"Selepas ini saya merancang untuk bawa pengguna Pamoga yang pulih dari penyakit yang tak sangka boleh sembuh selepas minum Pamoga untuk saya bawa ke umrah," tulisnya.
Rata-rata pengikut DSV mengakui kagum dengan sikap baik hati yang ditunjukkan olehnya dan berharap agar dia dapat membantu lebih banyak insan yang memerlukan.
@Zharid: 'Alhamdulillah, akhirnya Allah permudahkan apa yang dirangcang. Mungkin ini bahagian Datuk Seri di akhirat kelah.
@Rahmat: 'Semoga dapat membantu lebih banyak orang yang memerlukan.
@WanRr: 'Semoga DSV sentiasa dimurahkan rezeki dan bertambah maju perniagaan yang dilakukan ini. Niat baik sentiasa akan dipermudahkan oleh Allah.
#anak #Datuk Seri Vida #Instagram #tahfiz #umrah