Datuk Seri Vida hadiahkan anak kereta mewah!

Rahimah Abdullah
Julai 11, 2018 08:02 MYT
Tindakan menghadiahkan kereta mewah kepada Cik B yang masih remaja itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen. - Gambar fail
Walaupun baharu berusia 13 tahun, namun, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B kini sudah miliki sebuah kereta mewah
Mercedes-Benz CLS itu dihadiahkan ibunya, yang juga jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan, Datuk Seri Vida.
Video dua beranak itu dimuat naik Datuk Seri Vida dalam instagram peribadinya hari ini.
Dalam video itu, Cik B turut dilihat memandu sendiri kereta mewah hadiah ibunya itu.
Tindakan menghadiahkan kereta mewah kepada Cik B yang masih remaja itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kebanyakan mereka menyifatkan remaja itu sangat beruntung kerana dapat merasa memiliki sebuah Mercedes-Benz pada usia muda.
Pada masa sama, ada juga yang menegur tindakan Datuk Seri Vida berkenaan kerana Cik B terlalu muda untuk memandu kereta dan masih belum memiliki lesen memandu.
#Datuk Seri Vida #Instagram #Jutawan #kereta #kosmetik #Mercedes-Benz #perniagaan #remaja #video