awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
25/11/2024
15:44 MYT
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Desig sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018. - Gambar fail/Stadium ASTRO
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara itu dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang kini tular di media sosial.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.
"Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional," kata beliau menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di laman sosialnya.
Terdahulu, aset melibatkan barangan dan kereta mewah milik usahawan itu di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak disita selepas perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.
Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekitar jam 9 pagi di banglo Vida di Meru, Ipoh, Perak pada Isnin.
Usahawan itu dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Desig sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.
Perintah itu turut mengarahkan supaya barangan serta kereta tidak dibenarkan dibawa keluar dari rumahnya dalam tempoh dua minggu.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Mahkamah Tinggi
#usahawan kosmetik
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan