David Beckham nafi khabar bakal berlakon dalam filem James Bond

Kohilah Sekaran
September 21, 2015 09:50 MYT
David Beckham menafikan khabar angin bakal membintangi filem baru James Bond sebagai ejen 007.
Sejak kebelakangan ini, legenda bola sepak England, David Beckham sering dikaitkan dengan bidang lakonan sehingga timbul desas-desus bahawa beliau akan muncul dalam filem terbaharu James Bond.
David Beckham, bagaimanapun, menafikan khabar angin bakal memegang watak utama sebagai ejen rahsia 007.
Menurut laporan portal ABC News, Beckham menyatakan bahawa beliau tidak pernah bercadang untuk bergelar pelakon, malah menganggap berita itu cukup lucu.
"Saya tergelak selepas mendengar berita itu.
"Sudah pasti saya tidak akan membuat penampilan dalam filem baharu James Bond,” kata Beckham kepada ABC News pada Khamis.

This male celeb is NOT the new James Bond, but the rumors gave him a good belly laugh http://t.co/Saos4KOAJs pic.twitter.com/9xrIFHZ8bc

— Twistools (@twistools_en) September 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"I saw that the other day... and I laughed many times about it." - Beckham says he would not be the next James Bond pic.twitter.com/dcrs8vVoqo

— Good Morning America (@GMA) September 18, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bintang sukan berusia 40 tahun itu menegaskan bahawa beliau tidak akan muncul dalam filem berkenaan, malah minatnya dalam bidang lakonan hanyalah sekadar hiburan.
"Saya tidak pernah terfikir untuk memasuki bidang lakonan.
"Bidang lakonan bukan kerjaya baharu saya, tetapi saya berlakon untuk menghiburkan diri saya,” kata Beckham.
Sebelum ini, Beckham dilapor akan membintangi sebuah filem pendek bertajuk 'Outlaw' sebagai seorang drifter misteri.
Kredit Video: YouTube ABC News
#007 #beckham #ejen rahsia #james bond #lakonan