David Blaine 'Real or Magic' akan datang ke Malaysia 5 Sept

Azyyati Ahmad
Julai 11, 2014 00:11 MYT
David Blaine terkenal dengan silap mata jalanannya akan datang ke Malaysia sebagai salah satu siri jelajahnya ke Asia buat kali pertama. -Gambar Fail
Ahli silap mata tersohor, David Blaine akan datang ke Malaysia pada 5 September ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Blaine yang terkenal dengan silap mata jalanan akan ke ibu negara dalam siri jelajahnya ke Asia buat kali pertama.
Persembahan Blaine selama lebih sejam itu akan bermula pada jam 9 malam dibawakan oleh LOL Event dan Livescape Asia.
Sebelum ini, Blaine mula terkenal dengan rancangannya ‘David Blaine: Street Magic’ dan ‘David Blaine: Magic Man’ yang pernah disiarkan di saluran AXN.
Harga tiket bermula pada harga RM138 boleh didapati secara online di www.ticketpro.com.my.
#ahli silap mata #David Blaine #Kuala Lumpur #Stadium Negara