David Letterman bakal gegar industri penyiaran

Astro Awani
Januari 6, 2018 00:06 MYT
Program satu jam kendalian David Letterman (gambar) itu dijangka menampilkan topik kontroversi, termasuk menyentuh isu-isu di luar studio. - REUTERS / Fail
Siapa yang tak kenal David Letterman?
Beliau bakal kembali menjadi pengacara program bual bicara baharu pada bulan ini.
Lebih memeranjatkan, apabila menampilkan tetamu khas, bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada program 12 Januari.
Jemputan lain termasuk George Clooney, Malala Yousafzai, Jay-Z, Tina Fey dan Howard Stern.
Program satu jam itu dijangka menampilkan topik kontroversi, termasuk menyentuh isu-isu di luar studio.
Kali terakhir Letterman menjadi pengacara ialah pada 2015 melalui rancangan "Late Show With David Letterman" di syarikat penyiaran terkenal CBS.
#2015 #Barack Obama #CBS #David Letterman #presiden