ENTERTAINMENT

#DduDuDduDu ais krim buat peminat BLACKPINK sebagai tanda minta maaf

Isabelle Leong 27/06/2018 | 02:17 MYT
BLACKPINK menyediakan hadiah berbentuk ais krim kepada para peminat mereka yang hadir di rakaman program muzik tersebut sebagai tanda minta maaf. - The Studio
DISEBABKAN tidak dapat menyelesaikan persembahan mereka di 'Lotte Duty Free Family Festival' pada 22 Jun, kumpulan K-pop terkemuka, BLACKPINK memberikan hadiah kepada peminat mereka.
Pada 23 Jun lalu, BLACKPINK menyediakan hadiah berbentuk ais krim kepada peminat-peminat setia mereka yang hadir di rakaman program muzik tersebut sebagai tanda minta maaf.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan pelekat comel #뚜두뚜두 아이스크림 yang bermaksud "#DduduDduDu Ais Krim" sebagai label di penutup bungkusan berwarna merah jambu tersebut, ia seolah-olah melambangkan usaha BLACKPINK untuk menyatakan terima kasih kepada "Blinks" (nama fandom BLACKPINK).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemberian hadiah aiskrim ini adalah ikutan insiden persembahan kumpulan K-pop hangat tersebut diberhentikan secara tiba-tiba.
Pengacara mengumumkan bahawa terdapat masalah teknikal pada ketika itu dan mereka akan kembali untuk menghiburkan peminat, namun mereka tidak muncul semula.
BACA: Seungri sertai BLACKPINK, jadi anggota kelima?
 .
Bagaimanapun, peminat berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada BLACKPINK atas pemberian penyejuk badan di hari panas tersebut serta menegaskan bahawa kejadian tersebut bukan angkara BLACKPINK.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak penganjur festival tersebut telah tampil untuk memohon maaf dan menjelaskan insiden itu bukan kesalahan BLACKPINK dan bertanggungjawab atas segala kesulitan yang berlaku.
#ais krim #BLACKPINK #Blink #DduDuDduDu #festival #hadiah #K-pop #Korea Selatan #label #Lotte Duty Free Family Festival #merah jambu #peminat #penganjur