HIBURAN
Deborah puji keberanian Miss Mexico, seru reformasi industri Ratu Cantik
Deborah Henry (gambar) menyifatkan tindakan Miss Mexico, Fatima Bosch yang enggan tunduk kepada penghinaan di khalayak ramai sebagai satu keberanian luar biasa. - IG Deborah Henry
KUALA LUMPUR: Bekas ratu cantik negara, Deborah Henry menyifatkan tindakan Miss Mexico, Fatima Bosch yang enggan tunduk kepada penghinaan di khalayak ramai sebagai satu keberanian luar biasa sekali gus membuka ruang kepada perbincangan penting mengenai kuasa dan batas profesional dalam industri pertandingan ratu cantik.
Deborah dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata, tindakan Miss Mexico pada 4 November lalu ketika sashing ceremony Miss Universe yang berlangsung di Thailand, bukan sahaja menunjukkan keberanian, tetapi juga menjadi peringatan kepada wanita agar menggunakan kuasa mereka dengan penuh kesedaran.
"Apabila Miss Mexico bertegas dan enggan dihina secara terbuka, dia melakukan sesuatu yang berani. Dia melanggar peraturan senyap yang tidak terucap dan tindakan itu datang dengan harga yang perlu dibayar.
"Melihat peserta lain bertindak keluar sebagai tanda solidariti adalah sesuatu yang perlu, kita perlu menggunakan kuasa kita untuk menyedari bahawa kita memilikinya," katanya.
Dalam insiden yang mendapat perhatian global itu, Miss Mexico dilaporkan menolak untuk diperlakukan secara tidak wajar oleh pihak penganjur, sebelum melangkah keluar dari majlis terbabit.
Tindakan Bosch telah mendorong beberapa peserta lain untuk bertindak keluar sebagai tanda solidariti.
Deborah turut menyuarakan pandangan bahawa pertandingan ratu cantik masih boleh relevan, tetapi hanya jika ia menjadi platform yang mengangkat suara wanita, bukan mengawal mereka.
"Pertandingan ini perlu berubah daripada sekadar persembahan dan retorik ‘inklusiviti’ kepada satu pentas yang benar-benar berfungsi untuk tujuan yang bermakna,” katanya.
Deborah menegaskan bahawa hubungan antara penaja, pemilik dan Pengarah Kebangsaan pertandingan sering kali kabur dan boleh mewujudkan suasana yang tidak selesa bagi peserta muda yang masih dalam proses mengenal diri dan membina keyakinan.
“Wanita-wanita ini luar biasa, tetapi mereka juga masih muda dan mudah dipengaruhi. Pentas yang dipenuhi wanita bijak dan bercita-cita tinggi tidak seharusnya menjadi medan permainan untuk ego atau eksploitasi,” tambahnya.
Deborah turut mengajak masyarakat dan pihak industri untuk menilai semula struktur pertandingan ratu cantik yang selama ini lebih menghargai kepatuhan berbanding keaslian.
“Industri ratu cantik kini berada di persimpangan, sama ada terus kekal sebagai simbol tradisi atau berubah menjadi platform yang benar-benar memperjuangkan suara dan hak wanita,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil, tampil memohon maaf susulan insiden memarahi peserta Miss Universe 2025, termasuk menegur wakil Mexico, Fatima Bosch, kerana tidak memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand di media sosial.
Kejadian yang berlaku Selasa lalu itu mencetuskan kemarahan antarabangsa selepas rakaman video menunjukkan Nawat, 60, mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang mengikut arahan pengarah negara masing-masing adalah bodoh.
"Jika kamu ikut arahan Pengarah Negara kamu, kamu bodoh," katanya.
Presiden Pertubuhan Miss Universe, Raul Rocha, mengecam tindakan Nawat dan memaklumkan pihaknya akan menyekat pembabitan Nawat dalam acara berkaitan pertandingan tahun ini.