HIBURAN
'Deklarasi hubungan' Katy Perry-Justin Trudeau di Instagram tamatkan spekulasi panjang
Penyanyi pop terkenal Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan hubungan mereka melalui sebuah foto hantaran bersama di Instagram. - Foto IG Katy Perry.
LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan hubungan mereka melalui sebuah foto hantaran bersama di Instagram Perry pada Ahad, sekali gus menamatkan spekulasi selama berbulan mengenai percintaan mereka.
Perry, 41, berkongsi beberapa foto daripada persinggahan jelajah Lifetimes Tour di Jepun, termasuk swafoto pasangan itu di bawah dedaunan musim luruh dengan kapsyen berbunyi: “Tokyo times on tour and more” (Momen di Tokyo ketika jelajah dan banyak lagi).
Selain itu, Perry turut memuat naik klip video yang memaparkan mereka menikmati sushi dan melawat pameran seni interaktif.
Spekulasi mengenai hubungan Perry dan Trudeau mula tercetus awal tahun ini selepas beberapa foto mereka bersama tersebar, termasuk Trudeau dilihat menghadiri konsert Perry.
Awal minggu ini, Trudeau, 53, turut memuat naik semula foto bersama Perry dan bekas Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida serta isterinya, Yuko, di platform X.
“Seronok dapat berjumpa dengan anda @kishida230. Katy dan saya sangat gembira kerana berpeluang duduk berbincang bersama anda dan Yuko," katanya.
Bulan lalu, pasangan itu dilihat berpegangan tangan di Paris sempena sambutan ulang tahun Perry yang ke-41, dilaporkan sebagai penampilan pertama mereka secara terbuka sebagai pasangan.