Demam Suri Hati Mr. Pilot: 10 fakta menarik

Madiha Abdullah
Oktober 19, 2016 02:22 MYT
Antara adegan Suri Hati Mr. Pilot dimana watak Warda lakonan Neelofa bertemu dengan nenek Ejaz lakonan Fattah Amin . - Foto/Instagram Neelofa
ANTARA kata kunci yang trending di laman sosial sejak beberapa hari ini ialah drama bersiri adaptasi novel, Suri Hati Mr. Pilot.
Bagi anda yang mengikuti dan meminati drama ini, kami berikan beberapa fakta untuk perkongsian bersama.
1. Drama Suri Hati Mr. Pilot adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama, hasil karya Dila Dyna.
2. Dila Dyna adalah penulis novel Dia Semanis Honey, yang sebelum ini pernah diadaptasi ke drama bersiri yang berjaya menjadi fenomena, lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana.
3. Novel ini adalah terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn.Bhd.
4. Drama pula diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar.
5. Ia kini bersiaran di Astro Ria, setiap Isnin-Khamis pada jam 10.00 malam.
6. Pelakon utama yang memegang watak Warda Erina, Neelofa, dikhabarkan baru sahaja pulang dari Mekah sewaktu penggambaran bermula.
7. Fattah Amin sebagai hero, memegang watak Kapten Ejaz Fakhri.
8. Lagu nyanyian Alif Satar dan Shila Amzah, Selamanya Cinta dipilih sebagai lagu tema drama ini.
9. Demam drama ini membuatkan ramai peminat mula 'berangan' agar Neelofa dan Fattah berjodohan. Melalui tinjauan di Instagram, sudah banyak akaun menggunakan nama 'NeeloFattah' dan 'LoFat' diwujudkan.
10. Drama 15 episod ini bersiaran sejak 10 Oktober lalu.
#adaptasi #Dia Semanis Honey #drama bersiri #Fattah Amin #Neelofa #Suri Hati Mr. Pilot