HIBURAN
'Demi Sebuah Rindu': Ruang jujur Didie Shazry berkongsi emosi
Bagi Didie, album ini juga menjadi langkah penting untuknya berdiri atas kekuatan karya sendiri tanpa bergantung pada populariti pertandingan realiti. - Foto sassymusicpublishing
KUALA LUMPUR: Selepas mencipta nama sebagai juara sulung rancangan realiti Raise The Star Malaysia (RTSM) 2025, Didie Shazry kini melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya seninya menerusi album pertama berjudul Demi Sebuah Rindu.
Ringkasan AI
Album debut itu bukan sekadar memperkenalkan Didie, atau nama sebenarnya E.D. Shazry Aman, sebagai penyanyi dan komposer, malah menjadi medium untuk beliau menyampaikan kisah yang lebih peribadi, menyentuh isu kesihatan mental serta kehilangan insan tersayang.
Dihasilkan dengan sokongan MyCreative Venture, album berkenaan mengetengahkan kisah sebenar penulis lirik dan penerbit Julie Ezwin, yang diterjemahkan oleh Didie dalam bentuk karya muzik sebagai tunjang utama album berkenaan.
Bagi anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu album berkenaan juga menjadi langkah penting untuknya berdiri atas kekuatan karya sendiri tanpa bergantung pada populariti pertandingan realiti.
Menurut Didie, 24, beliau memilih untuk tidak menghuraikan maksud sebenar setiap lagu secara terperinci supaya pendengar bebas mentafsir mengikut pengalaman masing-masing.
"Masing-masing ada hak untuk berimaginasi. Ada yang kaitkan lagu dengan pasangan, ada juga dengan ibu bapa atau sesiapa sahaja. Saya tak mahu rosakkan imaginasi pendengar.
"Contohnya lagu itu tentang cinta, orang dah rasa nak menangis (kaitkan pengalaman masing-masing), tetapi bila tahu cerita sebenar (mengenai lagu), terus rasa itu terpotong. Saya tak nak perkara itu berlaku," katanya kepada Bernama selepas pelancaran album tersebut baru-baru ini.
Walaupun terbuka kepada pelbagai tafsiran, Didie mengakui keseluruhan album debut itu berteraskan isu kesihatan mental dan kisah seorang ibu yang kehilangan anak, namun disampaikan secara simbolik dan berlapik.
Album Demi Sebuah Rindu menampilkan sembilan lagu antaranya Pendam, Demi Sebuah Rindu, Cocoon, Yakini Janji dan Open Up. Dua video muzik rasmi turut dilancarkan, manakala empat lagi lagu dijangka menyusul selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Didie berkata lagu Pendam merupakan karya yang paling dekat di hatinya kerana membawa emosi paling berat sepanjang penghasilan album tersebut.
Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak itu turut menjelaskan pemilihan lagu dibuat daripada hampir 20 lirik yang diterima, dengan penekanan pada kesinambungan emosi dari awal hingga akhir album.
"Dari lagu pertama sampai lagu terakhir, emosinya bersambung. Itu yang saya cari," katanya.
Dalam perkembangan lain, Didie memaklumkan beliau bakal menyertai konsert jelajah di Indonesia bersama-sama beberapa artis terkenal negara itu termasuk Kunto Aji dan Fajar Noor.
"Saya gementar, tapi sangat teruja. Konsert jelajah ini akan berlangsung sekitar Januari dan Februari, dan saya harap ia jadi platform untuk kembangkan bakat ke Indonesia," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Didie Shazry, juara RTSM 2025, melancarkan album pertama 'Demi Sebuah Rindu' yang mengulas isu kesihatan mental dan kehilangan insan tersayang melalui lagu-lagu simbolik.
- Album tersebut, dihasilkan dengan sokongan MyCreative Venture, menampilkan sembilan lagu termasuk 'Pendam', yang membawa emosi berat, sementara video muzik rasmi turut dilancarkan.
- Didie, juga seorang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Muzik), akan menyertai konsert jelajah di Indonesia bersama artis terkenal negara tersebut, memanfaatkan peluang untuk memperluaskan bakat seninya.