HIBURAN
'Dengar saja ‘cut’, terus terbaring tepi jalan' - Ben Amir kongsi cabaran filem 'Legasi: Bomba The Movie'
Ben Amir menyifatkan penggambaran Legasi: Bomba The Movie sebagai cabaran terbesar dalam kerjayanya, melibatkan keletihan ekstrem dan latihan intensif bersama JBPM. -Gempak
PELAKON, Ben Amir mengakui pengalaman menjalani penggambaran untuk filem terbaharunya "Legasi: Bomba The Movie" merupakan antara cabaran paling besar yang dilalui dalam kerjayanya setakat ini.
Ringkasan AI
Latihan Bomba mencabar
Menurut Ben, sepanjang penggambaran berlangsung, mereka mengalami keletihan yang begitu ekstrem sehingga terpaksa tidur di tepi jalan tanpa mengira keadaan sekeliling.
“Kami kalau penat tidur tepi jalan sahaja, memang sudah tidak kisah sama ada nak ada kerusi atau apa sahaja.
“Sebab sebaik sahaja perkataan ‘cut’ itu disebut, kami semua terus terbaring di tepi jalan. Tak kisahlah kotor atau bersih, kami terus baring sebab memang penat, betul-betul tak larat,” ujarnya.
Ben berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Malam Gala Filem Legasi: Bomba The Movie yang diadakan di GSC IOI Mall Putrajaya pada Isnin.
Ketahanan fizikal dan kekuatan mental
Tambah Ben lagi, Legasi: Bomba The Movie ini juga bukan sahaja mencabar dari segi ketahanan fizikal, tetapi juga kekuatan mental.
Bagaimanapun Ben tetap meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerja dengan pasukan produksi dan barisan pelakon yang disifatkan sebagai profesional.
“Sebenarnya bila difikir kembali mengenai penggambaran filem Bomba ini, pada saya memang sangat-sangat mencabar dari segi fizikal dan mental.
“Tetapi yang paling saya bangga dengan filem ini adalah barisan pelakonnya, semua ‘best’. Tiada seorang pun yang ego.
“Tiada pun yang rasa diri mereka itu seorang bintang atau lagi bagus daripada semua orang. Kami semua memang betul-betul ‘brotherhood’.
“Itu yang menyebabkan suasana semakin best. Tak ada rasa disisihkan atau berpuak-puak antara satu sama lain.
“Kami semua baik dan boleh ‘sekepala’ antara satu sama lain. Itu yang saya paling suka bila berjumpa kembali dengan mereka, rasa macam bertemu kawan-kawan lama,” jelasnya.
Selain Ben, Legasi: Bomba The Movie dibintangi oleh Nas Muammar Zar (Nas-T), Henley Hii serta disokong oleh pelakon sampingan seperti Hairie Othman, Ammar Alfian, Fad Anuar, Abbas Mahmood Sasidaran, Nia Atasha dan Mathni Razak.
"Legasi: Bomba The Movie" ini merupakan sebuah produksi yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, menjadikannya bukan sahaja sebuah filem aksi, tetapi juga simbol aspirasi dan iltizam dalam mengangkat martabat serta pengorbanan wira bomba negara.
Aksi yang dipaparkan disalurkan dengan latihan intensif oleh JBPM sendiri, memastikan setiap gerakan dan prosedur kelihatan autentik di layar perak, sekaligus memberikan penghormatan kepada kepakaran sebenar anggota bomba.
Legasi: Bomba The Movie dipersembahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(КРКТ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bersama rakan penerbit Multimedia Entertainment, GSC, ASTRO dan Six Fun, dipersembahkan bersama HONOR.
Filem ini turut menerima sokongan padu daripada penaja utama CUCKOO serta penaja bersama Kinohimitsu, disempurnakan lagi dengan sokongan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Filem ini menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Ogos 2025.
"Legasi: Bomba The Movie" bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah penghargaan kepada keberanian, pengorbanan, dan semangat kental anggota bomba Malaysia.
Sinopsis
Diarahkan oleh James Lee dan Frank See, Legasi: Bomba The Movie mengisahkan tentang seorang anggota pasukan elit Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) iaitu Amir (Ben Amir) yang berdepan dengan trauma silam.
Namun dipaksa kembali ke barisan hadapan apabila sebuah menara pencakar langit TEXVIN 118 dilanda kebakaran besar.
Misi menyelamat ini menguji kekuatan fizikal, mental, dan semangat setia kawan mereka, dalam sebuah penceritaan yang menggabungkan realisme operasi penyelamatan dengan sentuhan dramatik yang menyentuh hati. -Gempak
Ringkasan AI
- Ben Amir menyifatkan penggambaran Legasi: Bomba The Movie sebagai cabaran terbesar dalam kerjayanya, melibatkan keletihan ekstrem dan latihan intensif bersama JBPM.
- Filem ini menguji ketahanan fizikal dan mental pelakon, namun suasana kerja yang bersifat brotherhood menjadikan pengalaman itu bermakna dan menyeronokkan.
- Diilhamkan oleh DYMM Sultan Pahang dan disokong oleh pelbagai agensi serta penaja, filem ini memberi penghormatan kepada keberanian dan pengorbanan anggota bomba Malaysia, dengan aksi realistik dan dramatik.