HIBURAN
DER raih gelaran juara pencarian bakat baharu Era
Kesemua finalis bagi Pencarian Penyampai Baharu ERA 2025 bergambar selepas pusingan terakhir pencarian berakhir dengan Nur Assyifa Farhana Pawzi atau lebih dikenali sebagai DER dinobat sebagai pemenang. - Gambar ihsan ERA FM
Kuala Lumpur: Pencarian bakat baharu penyampai Era FM menutup tirai dengan penuh meriah apabila DER diumumkan sebagai juara, sekali gus menjadi wajah dan suara terbaharu stesen radio nombor satu Malaysia itu.
Ringkasan AI
Program berkenaan bermula dengan 30 pencalonan awal, sebelum dikecilkan kepada 12 peserta.
Daripada jumlah itu, hanya tujuh finalis mara ke peringkat akhir dan berentap dalam tiga cabaran utama pada malam semalam.
Acara kemuncak yang berlangsung di The Agam, Penchala, Kuala Lumpur, turut disiarkan secara langsung di TikTok rasmi Era bermula jam 8.30 malam ,sekali gus memberi peluang kepada peminat mengikuti perjalanan para finalis dalam suasana penuh debaran.
Kemenangan berpihak kepada DER atau nama sebenarnya, Nur Assyifa Farhana Pawzi, 24, selepas menampilkan prestasi meyakinkan sepanjang cabaran.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta kontrak sebagai penyampai ERA selama satu tahun.
Selain itu, di tempat kedua disandang Ahmad Asyraf Kamaruzzaman, 28, yang membawa pulang RM2,000, manakala Muhammad Aqil Shahrizl Aqasha Aleyasak, 20, melengkapkan kedudukan tiga teratas dengan hadiah RM1,000.
Difahamkan, program tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai platform mencungkil bakat baharu, malah menjadi medan pendedahan kepada peserta mengenai realiti sebenar dunia penyiaran radio, iaitu daripada kreativiti kandungan hinggalah kepada kemampuan berinteraksi secara spontan.
Menurut pihak pengurusan Era, inisiatif sebegini penting untuk memastikan industri radio terus segar, berkembang dan kekal relevan dalam landskap media yang semakin kompetitif.
Ringkasan AI
- Juara: DER, 24 tahun, menang RM3,000 & kontrak 1 tahun sebagai penyampai ERA. Tempat Kedua & Ketiga: Ahmad Asyraf Kamaruzzaman (RM2,000) & Muhammad Aqil Shahrizl (RM1,000). Acara & Siaran: Final berlangsung di The Agam, Kuala Lumpur dan disiarkan langsung di TikTok ERA.