awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Derma buah pinggang buat suami, pengorbanan Dayangku Intan buat ramai kagum" - Nash

Gempak
Gempak
03/10/2018
10:00 MYT
"Derma buah pinggang buat suami, pengorbanan Dayangku Intan buat ramai kagum" - Nash
Nash yang merupakan ahli Pemegang Amanah YKAT hadir bersama Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave, melawat penyanyi tersebut di hospital berkenaan di sini hari ini.
“BERKORBAN demi suami tercinta, dia adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah lelaki seperti saya,” kata penyanyi Datuk Nash, yang cukup terharu melihat pengorbanan dilakukan rakan artisnya, Dayangku Intan.
Dayang telah selamat menjalani pembedahan untuk mendermakan buah pinggang sebelah kanan kepada suaminya, Rosman Yalil, kelmarin.
Pembedahan yang dilakukan di Pusat Perubatan Prince Court di sini mengambil masa sekitar empat jam.
Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid membantu suaminya yang sebelum itu telah disahkan mengalami kegagalan fungsi kedua-dua belah buah pinggang semenjak Jun lalu.
Nash yang merupakan ahli Pemegang Amanah YKAT hadir bersama Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave, melawat penyanyi tersebut di hospital berkenaan di sini hari ini.
Kedua-dua penyanyi tersohor ini berkongsi perasaan dengan Dayang, yang disifatkan sebagai artis wanita yang cukup banyak memberi sumbangan kepada anggota masyarakat melalui bidang kesenian.
"Dayang adalah isteri yang sangat baik dan sangat menyayangi suaminya dan keluarganya. Kita doakan semoga mereka berdua kekal bahagia dalam melayari rumahtangga selepas menjalani pembedahan yang penuh risiko ini,"
"Saya percaya pengorbanan kasih yang dilakukan oleh beliau akan menjadi inspirasi kepada ramai lagi wanita di luar sana," kata DJ Dave pula.
Mereka turut menghulurkan sumbangan daripada pihak Yayasan kepada penyanyi berkenaan.
Turut hadir adalah presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Topic Berkaitan
#buah pinggang
#cinta suami
#Dayangku Intan
#derma
#Hospital
#Nash
#penyanyi
#perkahwinan
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan