[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Dicadang jadi pengulas final bola sepak: 'Itu bukan bidang saya' - Bront Palarae

Madiha Abdullah 27/08/2017 | 09:19 MYT
Bront Palarae menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
NAMPAKNYA, cadangan seorang pengguna Twitter dengan nama Along Pinot, yang mahukan pelakon Bront Palarae sebagai pengulas dalam final bola sepak Sukan SEA, menerima reaksi yang pelbagai.
Along Pinot memuat naik status mencadangkan nama Bront sebagai pengulas sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya melangkah ke final, telah menerima lebih 24,000 retweet.
Biarpun cadangan itu dilihat seperti agak random, namun ramai yang menganggap ia bertitik tolak daripada kecemerlangan watak pengulas sukan bernama Rahman yang dibawa Bront dalam filem Ola Bola yang ditayangkan pada tahun 2015.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi watak itu, Bront pernah dianugerahkan trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur.
Sehingga kini ramai yang mengingati ungkapan dan jeritan 'gol' penuh semangat Rahman dalam filem berkenaan.
Netizen pula, ada yang menyokong cadangan itu, tidak kurang juga yang merasakan ia tidak masuk akal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun bagi empunya badan, tugas sebagai pengulas sukan secara langsung diakui bukan perkara mudah.
Bront, di akaun Twitter, telah retweet status berikut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi laporan portal mStar pula, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) 2015 menerusi filem Terbaik Dari Langit itu menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
"Rasanya tidak logik untuk saya menggalas tugas itu. Ia bukan bidang saya, lagipun kita sudah memiliki ramai pengulas sukan yang bagus," katanya.
#bola sepak #Bront Palarae #final #Ola Bola #pengulas sukan