PENYANYI Ifa Raziah menjawab dakwaan netizen yang mempertikai gelaran "Datuk" yang dimilikinya.

Menurut Ifa, dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana lebih dikenali dengan nama pentasnya.

“Sebenarnya benda dah lama, saya mendapat gelaran itu sejak tahun 2016. Saya menerima gelaran itu daripada Perak.

“Cuma saya tidak mahu menggunakan gelaran itu. Saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha.

“Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa yang kenal? Mereka lebih kenal nama pentas saya, Ifa Raziah.

“Jadi saya lebih selesa menggunakan nama pentas. Bagi saya sama sahaja kecuali jika ada majlis rasmi baru saya menggunakan gelaran tersebut,” katanya.

Ifa ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 bertempat di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.

Dalam pada itu, Ifa juga mendedahkan tidak suka bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri.

“Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka, ‘outspoken’. Macam netizen yang mungkin bukan kawan saya, saya pun tak kenal siapa.

“Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Yang orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.

“Cuma orang di luar industri, netizen-netizen dia tak faham lagi. Baru je nak kenal, mula suka dengan Ifa Raziah.

“Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita.

“Adakalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka. Jadi kita layan sahaja. Kalau kata nak suka, atau nak cipta isu jadi viral lantak pi lah.

"Tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan dari saya.

“Janganlah dok ingat dengan pandangan netizen sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi.

Terdahulu, Ifa Raziah menerima kecaman netizen berkaitan dengan gelaran "Datuk".

Rata-ratanya tidak percaya dengan gelaran tersebut dan menuduh Ifa 'membelinya'.


*Artikel asal disiarkan di Gempak