Didakwa perosak bahasa arab tulen, kumpulan UNIC teruk dihentam

Gempak
Ogos 25, 2018 22:35 MYT
Sehingga kini, video cover yang dilakukan oleh Unic bersama Abdul Karim Al-Makki ini sudah ditonton lebih 161,000 serta menjadi trending nombor enam di YouTube.
KUMPULAN nasyid, UNIC menerima kritikan hebat daripada peminat selepas menyanyikan lagu cover Deen Assalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan tampil menjelaskan situasi sebenar kepada pengikutnya.
"Semalam UNIC di hentam teruk di Facebook (FB) dan ditambah oleh komen yang lain seakan membakar keadaan. Katanya Bahasa arab UNIC dalam lagu Deen Assalam perosak bahasa arab tulen, baris banyak salah, sebutan salah.
"Didatangkan hujah-hujah nahu pula. Berat betul salahnya tu. Katanya lagi mengharap UNIC yang belajar tinggi agama boleh betulkan bahasa sekali perosak bahasa.
"Sepatutnya adik kena munculkan di media sosial perbetulkan makhraj tajwid baris nahu awal-awal lagi komen kat nisa sabyan sewaktu lagu viral lagi. Ni bila UNIC dah keluarkan baru nak jadi hero.
"Patutnya adik kau buat video santai up di fb dan ig ajar bahasa arab pada seluruh Malaysia dan Indonesia ajar nahu yang betul. Buat comparison bahasa ami dan nahu. Tak semua orang berpeluang belajar bahasa. Silap-silap video ko lagi viral. Sebab lagu tengah viral. Dapat saham ko dik.
"Syeikh kareem sendiri yang semak dan guide UNIC , beliau dari kecik membesar di tanah arab dik.
"UNIC anggap lagu bahasa arab dan lagu nasyid sejati macam ni sekian lama susah nak masuk dalam jiwa masyarakat kita dik. Ya jika UNIC ada salah itu kelemahan kami. Tak semua orang pandai arab tulen. Mudahkanlah mereka. Railah mereka. Anggaplah ini satu kejayaan kita sampai satu mesej dakwah. Jgn kita rumitkan keadaan. Kalau Quran lain la, UNIC pun syadid bab quran.
"Macam ni la dik, kalau betul nak jadi hero, ko tolong wat parodi Syantik, Hajat Hael Husaini, Keke Challenge dalam bahasa arab. Insya Allah UNIC sendiri yang akan nyanyi. Kita kerjasama. Orang nak degar tu versi bahasa arab. Baru betul dakwah disitu! Bukan saling cari salah," tulisnya.
Sehingga kini, video cover yang dilakukan oleh Unic bersama Abdul Karim Al-Makki ini sudah ditonton lebih 161,000 serta menjadi trending nombor enam di YouTube.
#bahasa Arab #Facebook #Instagram #Quran #UNIC #video #YouTube