awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran gantung kerjasama dengan IAEA secara rasmi, ketegangan nuklear meningkat
DUNIA
Trump umum perjanjian perdagangan baharu dengan Vietnam
MALAYSIA
Pengamal media Sarawak perlu tumpu kepada laporan yang bermanfaat - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Diddy didapati bersalah jenayah berkaitan pelacuran, terlepas pertuduhan lebih berat

Agensi
Agensi
02/07/2025
15:58 MYT
Diddy didapati bersalah jenayah berkaitan pelacuran, terlepas pertuduhan lebih berat
Sean “Diddy” Combs dikenali bukan sahaja selaku artis rap, tetapi juga sebagai pengasas label muzik dan jenama perniagaan terkemuka. - Gambar fail/AP/Evan Agostini/Invision
NEW YORK: Ikon muzik dan ahli perniagaan terkenal Sean “Diddy” Combs disabitkan atas satu kesalahan berkaitan pelacuran dalam perbicaraan berprofil tinggi di sini, pada Rabu.
Juri mendapati Combs bersalah atas pertuduhan membawa individu merentasi sempadan negeri untuk tujuan pelacuran, kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara hingga 10 tahun.
Bagaimanapun, Combs dilepaskan daripada dua pertuduhan utama yang lain iaitu konspirasi jenayah dan pemerdagangan seks, ia berkaitan dakwaan beliau memaksa teman wanitanya terlibat dalam aktiviti seks secara berkumpulan dengan pengaruh dadah bersama lelaki lain.
Menurut pihak pendakwaan, kes itu menggambarkan corak tingkah laku eksploitasi yang berpanjangan oleh Combs terhadap beberapa wanita dalam rangkaian sosialnya.
Peguam Combs menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa semua individu terlibat dalam hubungan itu adalah secara sukarela.
“Sean Combs bukan pemerdagang seks. Beliau tidak pernah memaksa sesiapa. Juri telah membuat keputusan yang adil dalam perkara tersebut,” kata salah seorang peguam bela Diddy ketika ditemui pemberita selepas prosiding.
Walaupun disabitkan atas satu pertuduhan, keputusan ini dianggap sebagai kejayaan separa bagi pasukan pembelaan.
Namun, Combs masih berdepan hukuman penjara yang panjang jika mahkamah memutuskan untuk menjatuhi hukuman maksimum.
Tarikh hukuman akan ditetapkan kemudian, pada masa ini Combs dibenarkan untuk kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu proses selanjutnya.
Topic Berkaitan
#jenayah pelacuran
#pemerdagangan seks
#peguam bela
#sempadan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami