BAGI peminat komik atau pun filem adi wira DC pasti akan mengenali watak Joker.

Watak villain yang terkenal dengan jolokan The Prince of Crime ini antara watak jahat yang cukup terkenal, baik dari dunia komik mahupun filem superhero.

Ini mungkin kerana Joker juga adalah musuh ketat Batman.

Baru-baru ini tertiris, satu video dan juga foto-foto Joaquin Phoenix di set pengambaran filem ‘Joker’ (yang dijadualkan ditayang pada tahun 2019) dan rupa beliau sebagai Joker.

Peminat seluruh dunia memberi reaksi positif dan tidak sabar untuk menonton filem yang dikatakan sebagai asal-usul Joker.

Tapi tahukah anda, selain Joaquin Phoenix, ramai lagi pelakon yang pernah menjadi ‘Joker, The Prince of Crime’ untuk layar filem.


Cesar Romero (1966)

Cesar Romero, pelakon pertama yang melakonkan watak Joker.
Cesar Romero adalah pelakon pertama yang melakonkan watak Joker di layar perak. Beliau menjadi Joker untuk siri TV yang bersiaran dari tahun 1966 hingga 1968 di ABC dan juga filem pada tahun 1966.


Jack Nicholson (1989)

Pelakon lagenda Hollywood, Jack Nicholson, antara pelakon yang terkenal melakonkan watak Joker.


Filem ‘Batman’ arahan Tim Burton pada tahun 1989 meletakkan Jack Nicholson di dalam senarai 50 Greatest Villains oleh Institut Filem Amerika Syarikat.

Watak Joker lakonan Jack Nicholson sehingga hari ini menjadi sebutan para peminat.



Heath Ledger (2008)

Lakonan mendiang Heath Ledger didalam filem 'The Dark Knight' sebagai Joker dikatakan antara yang terbaik sepanjang zaman.


Tidak sah senarai ini jika tidak memasukkan nama beliau. Satu-satunya pelakon yang melakonkan watak Joker dan memberi impak sangat besar kepada penonton dan industri filem moden sehingga kini.

Lakonan beliau sebagai Joker di dalam filem ‘The Dark Knight’ arahan Christopher Nolan sangat baik sehingga beliau memenagi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Oscar pada tahun 2009.

Malangnya, beliau meninggal dunia pada tahun 2008 dan tidak sempat untuk melihat karya beliau sendiri.


Jared Leto (2013)

Vokalis kumpulan 30 Seconds to Mars juga pernah melakonkan watak Joker.


Cara pelakon ini untuk mendapat feel melakonkan watak Joker bagi filem 'Suicide Squad' (2013) agak kontroversi sehingga pelakon lain dalam filem itu berasa tidak selesa dengan kehadiran dan juga cara beliau.

Bayangkan Jared Leto menghantar bungkusan kotak berisi bangkai tikus kepada Margot Robbie!

Selain itu, walaupun ada kritikan teruk terhadap prestasi beliau sebagai Joker, peminat ada memuji cara beliau mendalami watak itu dan kita mungkin dapat melihat banyak lagi Joker versi Jared Leto kerana dikatakan beliau telah bersetuju menjadi Joker untuk tiga lagi filem.