[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
ENTERTAINMENT

Dijangkiti Influenza B, Wany Hasrita dikuarantin di hospital

Gempak 04/03/2018 | 08:06 MYT
Wany Hasrita menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia terpaksa ditahan dan dikenakan kuarantin.
PENYANYI Wany Hasrita dikejarkan ke hospital pada jam 7 pagi tadi, selepas doktor mengesahkan penyanyi Menahan Rindu itu dijangkiti virus Influenza B.
Wany Hasrita menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia terpaksa ditahan dan dikenakan kuarantin.
Menerusi entri tersebut, Wany memuat naik fotonya yang sedang terlantar di katil hospital.
Wany juga meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan segera sembuh seperti sedia kala.
Pengikut IG dan peminatnya juga mendoakan agar Wany diberi kesembuhan dan kembali sihat.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Oleh: Syafiqah Jalal
#dikuarantin #Hospital #influenza B #penyanyi #Wany Hasrita