JAKARTA:Hanya kerana terlalu ghairah meraikan hari bahagia selepas menjadi antara yang terawal menerima suntikan vaksinasi COVID-19, tindakan selebriti berpengaruh Indonesia, Raffi Ahmad menghadiri pesta keramaian akhirnya menjerat diri.
Raffi, 33, dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya menghadiri majlis sosial sebaik menerima suntikan itu di Istana Presiden pada Rabu lalu
Dan menyedari kemarahan masyarakat terhadapnya, Raffi yang juga seorang pengacara, pelakon dan penyanyi tampil memohon maaf.
Dalam permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 49.4 juta pengikut itu, pengacara televisyen terkenal berkenaan mengakui tindakan tersebut tidak sewajar dilakukannya.
Permohonan maaf juga secara khusus ditujukan Raffi kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) serta seluruh rakyat Indonesia secara umumnya.
“Terkait peristiwa malam tadi, saya dilihat berkumpul dengan teman-teman tanpa mengenakan pelitup muka serta tiada batasan jarak… pertamanya saya meminta maaf yang sebesar-besarnya kepada Presiden Republik Indonesia, Bapak Jokowi, Sekretariat Presiden, KPCPEN dan juga seluruh masyarakat Indonesia atas peristiwa tersebut,” kata Raffi.
Menurut Raffi, dia mengakui, kehadirannya ke acara berkenaan tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi ketika pandemik COVID-19 di Indonesia masih belum reda.
Raffi juga berjanji untuk lebih berhati-hati dan mematuhi protokol kesihatan pada masa depan.
Dalam masa sama, Raffi berterima kasih di atas teguran dan kritikan yang dibuat oleh masyarakat terhadap kecuaiannya.
“Terima kasih banyak untuk teman-teman yang sudah mengingatkan dan saya harap kita akan terus saling menasihati demi kesihatan kita, orang-orang yang kita sayangi dan buat Indonesia,” ujarnya lagi.
Kehadiran Raffi dalam acara yang didakwanya diadakan di kediaman keluarga sahabatnya itu dikongsi dalam akaun media sosial beberapa selebriti Indonesia.
Foto-foto dan hantaran IG Story yang dimuat naik itu memperlihatkan Raffi bersama-sama temannya tidak mengenakan pelitup muka selain tiada penjarakan fizikal.
Ekoran itu, netizen saling berkongsi hantaran berkenaan dan mengecam artis popular itu.
Dalam perkembangan sama, pejabat Presiden Indonesia telah menegur tindakan Raffi melanggar protokol kesihatan beberapa jam selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan Raffi dengan menasihatkannya agar sentiasa menitikberatkan protokol kesihatan, lapor CNN Indonesia.
Agensi
Fri Jan 15 2021
Raffi Ahmad (kiri) bergambar kenangan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Presiden pada Rabu lalu. - Gambar Instagram RAFFI AHMAD
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Raffi Ahmad mengaku pernah minum air basuhan kaki ibu
"Benar, saya minum (air basuh kaki). Minggu hadapan semua pekerjaan yang hilang saya dapat balik." - Raffi Ahmad
Raffi Ahmad ingin berjumpa Anwar Ibrahim
Raffi tidak sabar mahu bertemu Perdana Menteri Malaysia di Jakarta pada 5 September ini.
Pemain bola sepak legenda Michael Owen hadir majlis ulang tahun anak Raffi Ahmad
Pernah menyatakan dirinya sudah bosan hidup mewah, Raffi Ahmad memang betul betul tidak peduli mengenai pengaliran wang yang dibelanjakannya.
Terbakar 2 tahun lalu, kereta RM5.6 juta milik Raffi Ahmad sedia dipandu semula!
Akhirnya Selepas Terbakar Dua Tahun Lalu, Kereta RM5.6 Juta Milik Raffi Ahmad Sedia Dipandu Semula!
Dikecam kerana berpesta selepas disuntik vaksin, Raffi Ahmad mohon maaf
Raffi Ahmad dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya menghadiri majlis sosial sebaik menerima suntikan vaksinasi COVID-19.
Selepas Lamborghini Batman RM5.6 juta terbakar, Raffi Ahmad umum berehat dari dunia seni
Keputusannya untuk berehat demi meluangkan lebih masa bersama keluarga terutama isteri, Nagita Slavina dan anak lelakinya, Rafathar.
Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" - Zizan Razak
Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak mendedahkan dia menerima lamaran berlakon filem di Indonesia di bawah produksi Raffi Ahmad.