Dikecam netizen kerana tak bertudung, ini jawapan Jasmin Hamid

Gempak
Jun 9, 2018 13:52 MYT
Jasmin memberitahu dia amat terguris dengan mesej netizen tersebut yang dianggap kasar. - Foto Instagram
PELAKON Jasmin Hamid mendedahkan mesej peribadi seorang netizen lelaki di Instagram (IG) yang mengecamnya kerana tidak bertudung.
Menerusi mesej tersebut, netizen itu memberitahu Jasmin tidak sedar diri kerana sudah tua.
Netizen itu turut menakutkan Jasmin mengenai azab di dalam kubur dan api neraka.
Menerusi entri yang sama Jasmin turut membalas mesej tersebut di dengan menulis di dalam kapsyennya.
Jasmin memberitahu dia amat terguris dengan mesej netizen tersebut yang dianggap kasar.
Pelakon itu memberitahu cara lelaki tersebut tidak sesuai untuk mengajak orang lain ke jalan Allah.
Jasmin berkata masyarakat kini hanya tahu menghukum bukan mahu mendidik.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata bersetuju dengan pelakon tersebut.
#Instagram #Jasmin Hamid #netizen #pelakon #puasa #teguran #tua #tudung