Dimasukkan ke hospital, netizen doakan Amyra Rosli

Gempak
Februari 26, 2019 10:00 MYT
Perkara itu didedahkan oleh Amyra menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. - Foto IG Amyra Rosli
Pelakon Amyra Rosli dimasukkan ke hospital hari ini.
Perkara itu didedahkan oleh Amyra menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Amyra berkongsi foto dirinya memakai pakain yang disediakan pihak hospital di atas katil sebuah wad.
Namun begitu, Amyra tidak mendedahkan penyakit yang dialami yang menyebabkan dia ditahan di wad hospital terbabit.
"26 Februari 2019," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Amyra berasa terkejut melihat gambarnya di hospital itu dan mendoakan kesembuhan buatnya.
"Semoga cepat sembuh, harap Amyra baik-baik saja.
"Get well soon.
"Saya doakan Amyra cepat sembuh," tulis netizen.
Amyra mulai aktif di bidang lakonan pada sekitar tahun 2011 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.
#Amyra Rosli #Hospital #Instagram #karier #kesihatan #selebriti