awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal

Gempak
Gempak
04/06/2023
10:00 MYT
Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal
Penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut. -Gempak
PENGARAH Adrian Teh mendedahkan telah berdepan dengan detik cemas apabila diminta untuk membatalkan penggambaran filem Malbatt: Misi Bakara ketika berada di sempadan Turki-Syria.
Menurut Adrian, 39, penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.
“Penggambaran kami lakukan di bandar bernama Gaziantep terletak di selatan Turki. Ia sempadan Syria, sangat dekat kira-kira 10 minit jika memandu kereta. Kita tahu bahawa secara fakta, Turki telah menceroboh Syria.
“Ketika kami lakukan penggambaran, kami diibaratkan menduduki bandar itu. Kami tutup jalan, bina tangki, latih askar siap ada tembak-menembak.
"Bandar itu besar, jadi mereka pelik mengapa ada askar lalu lalang di kawasan itu.
“Bila begitu, ia telah menimbulkan salah faham sehingga pemerintah Gaziantep meminta kami untuk menghentikan penggambaran,” ceritanya.
Adrian berkongsi kepada media ketika sidang media pelancaran treler dan poster filem Malbatt: Misi Bakara, baru-baru ini.
Paling tidak disangka, Adrian memberitahu penggambarannya telah tular di media sosial ketika itu.
“Penduduk di sana sudah maklum bahawa kami lakukan penggambaran. Manakala penduduk di kawasan sempadan sebelah lagi satu (Syria) tak tahu mengenai perkara itu.
"Lalu mereka ambil gambar dan mula tular di laman sosial," kongsinya.
Demi mahu meneruskan penggambarannya, Adrian dan pasukannya terpaksa menjelaskan perkara tersebut dengan datuk bandar kawasan Gaziantep.
Akhirnya, mereka dibenarkan menyambung penggambaran dengan syarat media antarabangsa mestilah dibenarkan untuk datang dan melawat lokasi penggambaran filem berkenaan.
“Ketika itu saya terpaksa berjumpa dengan datuk bandar dan berbincang. Saya terangkan kepadanya bahawa senjata yang digunakan di dalam filem ini hanyalah sekadar aset, ia tidak boleh berfungsi sebagai senjata sebenar.
“Kita datang dengan aman dan kasih sayang. Bukan untuk berperang.
"Mereka akhirnya faham dan meletakkan syarat untuk membenarkan media masuk ke kawasan penggambaran. Ketika itulah banyak media antarabangsa datang.
“Lucunya, mereka sangka saya anak Perdana Menteri Malaysia. Bukan Dafi,” selorohnya.
Filem yang menceritakan tentang perang saudara di Somalia pada tahun 1993 itu menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus. Malbatt: Misi Bakara menjadi antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia.
Malbatt Misi: Bakara membariskan 17 pelakon lelaki hebat antaranya Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Tony Esuof, Adlin Aman Ramli, Dafi Ismail, Iedil Putra dan ramai lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Shaheizy Sam
#Malbatt Misi Bakara
#Adrian Teh
#sempadan Turki-Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan