GARA-gara pernah berbalas emoji di ruang komen di Instagram, anggota kumpulan Dolla, Angel digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Nadhir Nasar.
Bagaimanapun, Angel menafikan dirinya sedang bercinta dengan Nadhir dan menegaskan dia hanya menganggap pelakon drama siri popular Projek: High Council itu sebagai kawan sahaja.
“Kami hanya kawan, berbalas komen di laman sosial tidak bermakna apa-apa. Ia hanyalah tindakan antara kawan. Jujurnya, kami hanya kawan di sosial media. Dan kami juga tidak pernah lepak bersama.
“Kami kenal sejak kami berjumpa di program hiburan MeleTOP, di mana kami menjayakan ‘dance challenge’. Jadi dari situ kami mula mengenali antara satu sama lain.
“Kalau kami jumpa di majlis, kami akan tegur antara sama lain. Dan saya tidak menafikan kami berdua berharap kami akan ada projek bersama, jadi kami dapat menimba pengalaman bekerjasama,” katanya.
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat masing-masing.
Meskipun hanya berbalas ‘emoji’ di ruang komen, namun peminat teruja melihat kemesraan pelakon dan penyanyi itu.
Dalam pada itu, Angel turut mendedahkan terdapat peminat Nadhir yang menyerangnya namun dia sedikit pun tidak mengambil hati dengan tindakan mereka.
“Ya ada, tapi saya memahami perkara itu kerana sebagai peminat wanita pastinya kita prihatin dengan artis kesayangan kita. Saya faham perasan mereka sebagai peminat. Tapi tidaklah ramai yang menyerang dan saya okay saja,” katanya. - Gempak
Gempak
Sat May 20 2023
Angel menafikan dirinya sedang bercinta dengan Nadhir dan menegaskan dia hanya menganggap pelakon drama siri popular Projek: High Council itu sebagai kawan sahaja. - Gempak
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
"Selebriti bukanlah robot, kami juga..." - Dolla
Menjadi selebriti yang dikenali bukanlah sesuatu yang mudah, terutama walau dalam keadaan macam mana pun perlu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial.
Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong
Pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.