awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditonton 530 juta kali, anjing V BTS jadi haiwan paling popular di TikTok

Gempak
Gempak
24/05/2022
03:01 MYT
Ditonton 530 juta kali, anjing V BTS jadi haiwan paling popular di TikTok
Yeontan menjadi sama penting dengan kehidupan dan aktiviti yang dilakukan seluruh anggota BTS. - Gempak
BUKAN hanya manusia, ternyata haiwan atau apa sahaja konten yang disifatkan menarik dalam media sosial pasti akan menerima tontonan di luar dugaan.
Ini termasuklah seekor anjing yang merupakan haiwan peliharaan salah seorang anggota BTS, Kim Taehyung atau V.
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017. Yeontan juga dikenali sebagai Tannie.
Sejak itu, Yeontan menjadi sama penting dengan kehidupan dan aktiviti yang dilakukan seluruh anggota BTS. Para penggemar mereka atau ARMY melihat anjing tersebut membesar bersama anggota BTS sejak beberapa tahun lalu.
Dan sejak V memperkenalkan Yeontan kepada warganet sehingga kini, anjing tersebut telah menjadi haiwan peliharaan paling popular yang ditonton di dunia.
Menerusi laporan AllKPop, tagar #Yeontan telah melebihi angka 530 juta kali diguna dan ditonton di TikTok; menjadikan ia haiwan pertama dunia yang popular dalam platform tersebut.
Tidak hanya di TikTok, haiwan tersebut juga cukup terkenal dalam platform lain termasuk Instagram, YouTube dan enjin pencarian Google.
V diketahui memelihara Yeontan selepas mahu menyelamatkan kehidupan haiwan tersebut yang didakwa mengalami masalah kesihatan dan sakit. Malah pada tahun lalu V berkongsi kedukaan selepas Yeontan telah menjalani dua kali pembedahan dan kedua-duanya tidak berjaya memulihkan keadaan haiwan itu.
Sikapnya yang memang sayang kepada haiwan kemudian membuat banyak peminat jatuh cinta dan menyifatkan V sebagai seorang ‘bapa sempurna’.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#anjing
#BTS
#Yeontan
#Kim Taehyung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan