awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Doa hampir putus apabila Papa ..." - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak

Gempak
Gempak
03/01/2018
23:58 MYT
"Doa hampir putus apabila Papa ..." - Perkongsian Norzizi dapat PhD buat netizen sebak
Norzizi berkongsi perjalanannya menuntut ilmu dan ujian yang dilaluinya apabila bapanya, Zulkifli Zain diserang strok. - Foto Instagram
PELAKON dan pensyarah Norzizi Zulkifli akhirnya bergraduasi dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media dari Universiti Wollongong, Australia baru-baru ini.
Namun, perkara yang lebih menyentuh hati apabila Norzizi berkongsi perjalanannya menuntut ilmu dan ujian yang dilaluinya apabila bapanya, Zulkifli Zain diserang strok.
"Ooo hati remuk melihat ekspresi ini... Dua bulan sebelum hantar tesis, pada Jun 2016, saya sudah pulang ke tanah air, sudah kena lapor diri kembali bertugas dan Papa ketika itu baru tiga bulan kena strok.
"Siang saya bekerja, malam dalam pukul 11 atau 12 tengah malam saya akan mula menyiapkan tesis sampai ke pagi dan Papa di tingkat bawah akan memanggil anak-anak untuk melihat keperluannya.
"Dan sesekali kalau dia rasa saya tertidur di atas, dia akan memanggil-manggil saya untuk pastikan saya tak tertidur.
"Kadang penat juga, saya menaip and kejap-kejap Papa panggil, saya turun dan saya naik lagi menyambung penulisan dan turun lagi.
"Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5 atau 6 pagi. Tapi begitulah... saya sentiasa punya doa dari beliau... Dia tak putus doa buat saya!
Namun, Norzizi diuji apabila bapanya diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ketika dia masih di Australia.
"Doa itu hampir putus bila Januari 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, saya ketika itu masih di Australia dan saya terbang pulang malam itu juga tatkala 2 bulan lagi saya nak hantar tesis.
"Tapi Allah makbulkan doa kami... aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku... Alhamdulillah.... saya tahu, dia amat menantikan momen ini!" tulisnya.
Ooo hati remuk melihat ekspressi ini.... Dua bulan sblm submit June 2016, saya dah pulang ke tanah air, dah kena lapor diri kembali bertugas dan papa ketika itu baru tiga bulan kena stroke. Siang sy bekerja, malam dlm kul 11 atau 12 malam sy akan mula menyiapkan thesis sampai ke pagi dan papa di tingkat bawah akan memanggil anak2 utk melihat keperluannya dan sesekali kalu dia rasa sy tertidur di atas, dia akan memanggil2 saya utk pastikan sy tak tertidur. Kadang penat juga, saya menaip and kejap2 papa panggil, and sy turun and sy naik lagi menyambung penulisan dan kadang turun lagi
Topic Berkaitan
#Allah
#artis
#berita Malaysia
#Doktor Falsafah
#ICU
#Malaysia
#Normala Omar
#Norzizi Zulkifli
#pelakon
#pensyarah
#PhD
#strok
#Universiti Wollongong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan