awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa, pesanan mama buat Neelofa

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2021
20:00 MYT
Doa, pesanan mama buat Neelofa
Neelofa bersama suaminya PU Riz. Noor Kartini (kanan) bersama Neelofa. -Foto IG Noor Kartini
IBU kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed meluahkan sukar untuk melepaskan anak kesayangannya, namun tetap mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.
Noor Kartini menerusi status di Instagram miliknya pada Isnin tetap mensyukuri majlis perkahwinan yang berlangsung pada Sabtu berjalan dengan baik dan dirahmati.
"Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati. Ya ALLAH, ikatan mereka dibina atas perancangan-Mu, atas rencana-Mu.
"Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.
"Wahai anakku sayang Neelofa, taati dan sayangilah suamimu Haris dan serikanlah mahligai cintamu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
"Semoga ALLAH memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak, Insya-ALLAH," tulisnya menarik perhatian warganet.
[INFOGRAFIK] Corat coret di Majlis Akad Nikah Neelofa & Haris Ismail
Menurutnya, turut mendoakan Neelofa dan pasangannya, pendakwah bebas, Hariz Ismail atau PU Riz diberkati dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah.
"Ya ALLAH Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.
"Doa mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku, berat tangan ini melepaskanmu sayang tetapi aku tahu ini aturan yang baik buatmu kerana ALLAH kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbingmu ke jalan ALLAH.
"Mama sentiasa sayangkan cinta hati mama. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah," katanya.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz dengan sekali lafaz pada Sabtu, jam 11.43 pagi sebuah hotel terkemuka.
Hiburan | Neelofa dah bergelar isteri kepada PU Riz
BACA: Neelofa-PU Riz: Pertemuan sewaktu bertugas hingga ke pelaminan cinta serba putih
BACA: Jambangan bunga putih segar jadi saksi ikatan cinta Neelofa-PU Riz
Berita asal di sini: Doa, pesanan mama buat Neelofa
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Noor Kartini
#PU Riz
#zuriat
#anak kesayangan
#Hariz Ismail
#mahligai cinta
#perkahwinan
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan