Doa Siti dan Datuk K

Mariah Ahmad
Februari 18, 2017 14:19 MYT
Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini sedang bercuti di Palestin sejak 16 Februari lalu. Foto Instagram / @ctdk
BAHTERA perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dilayari penuh kebahagiaan sejak 21 Ogos 2006.
Umum mengetahui, Siti berehat sementara pada tahun 2015 untuk memberi fokus terhadap keluarga.
Bagaimana pun beliau kembali beraksi di gelanggang hiburan selepas beberapa bulan berehat daripada memenuhi undangan untuk menyanyi dan menemu ramah.
Bagi tahun 2017, Siti membuka tirai dengan harapan baharu.
Beliau bersama suami mengambil keputusan untuk melawat Palestin. Lebih bermakna apabila Siti turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.
Katanya, di sinilah Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
"Saya dan suami juga mengambil kesempataan untuk berdoa di sini. Semoga dimakbulkan, Amin," doa Siti menerusi kapsyen dalam sebuah video di Instagramnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah itu tiba di Palestin sejak Khamis lalu.
Sejak tiba di sana, Siti tidak lokek untuk berkongsi bersama pengalamannya di sana untuk 3.6 juta pengikut Instagramnnya.
Perkongsian Siti itu sudah tentunya membuatkan peminat teruja dan memberi harapan kepada mereka untuk melawat Palestin pada satu hari nanti.
Ada juga peminat yang mendoakan agar urusan Siti dan keluarga dipermudahkan olehNya.
"InsyaAllah. Semoga dipermudahkan untuk Siti dikurniakan cahaya mata," kata pengguna Instagram @maz2785.
Begitu juga bagi pengguna Instagram @rinainaqi, yang mendoakan agar doa Siti dimakbulkan Tuhan: "InsyaAllah akan Allah SWT makbulkan pula doa untuk Siti dan Datuk K.
"Alhamdulillah, terima kasih Siti. Saya dapat melihat Masjid Al-Aqsa melalui rakaman ini," tambahnya di bahagian ruangan komen Instagram Siti.

@CTNurhaliza11 semoga Allah memakbul doa'mu wahai ctdk... Insya Allah..

— Jaycka Ima Melati (@myjaynorima) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjejakkan kaki di Masjid Al-Aqsa di Palestin merupakan salah satu hasrat Siti sejak sekian lama.
Datuk Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta
#Datuk Khalid Mohamad Jiwa #Palestin #Siti Nurhaliza