HIBURAN
Dolly Parton dinobat sebagai Ikon Guinness World Records
Bintang muzik country Amerika Syarikat (AS) Dolly Parton dinamakan sebagai Ikon Guinness World Records kerana memegang 11 gelaran rekod dunia. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Bintang muzik country Amerika Syarikat (AS) Dolly Parton dinamakan sebagai Ikon Guinness World Records kerana memegang 11 gelaran rekod dunia, lapor PA Media/dpa.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-70, syarikat yang mendokumenkan pencapaian rekod dunia itu menganugerahkan penyanyi lagu "Jolene" yang berusia 79 tahun itu sijil Ikon, yang disampaikan kepadanya di studio beliau di Nashville, Tennessee.
Antara gelaran rekod yang dimilikinya termasuk, bilangan dekad berturut-turut terbanyak dengan kemasukan album 10 teratas di carta muzik country Billboard, bilangan album studio terbanyak yang dihasilkan oleh penyanyi wanita muzik country dan pencalonan Grammy terbanyak bagi artis wanita muzik country.
Parton juga adalah penyanyi country pertama yang dicalonkan untuk EGOT iaitu Emmy, Grammy, Oscar dan Tony atau dikenali sebagai "Grand Slam dunia hiburan".
Ketua Pengarang Guinness World Records Craig Glenday berkata: "Dolly sememangnya seorang daripada penulis lagu dan penghibur paling diraikan dalam sejarah muzik country, seperti yang ditunjukkan melalui pelbagai sijil Guinness World Records yang dimilikinya, tetapi pengaruhnya melangkaui dunia muzik."
"Beliau terlibat dalam banyak projek yang dekat di hatinya termasuk bantuan kemiskinan, pendidikan, penyelidikan perubatan dan tentunya kempen buku percuma Imagination Library dan inisiatif penting ini menjadikan Dolly seorang tokoh luar biasa. Beliau benar-benar lagenda hidup dan kami berbesar hati menganugerahkan status Ikon GWR kepadanya."
Guinness World Records menerbitkan buku pertamanya di London pada 1955 dan menjual lebih 143 juta salinan di lebih 100 negara sejak itu.
Sijil Ikon ini sebelum ini turut dianugerahkan kepada selebriti seperti Beyonce, Taylor Swift, Drake, Paul McCartney dan Elton John.
Parton, yang berasal dari Tennessee, melancarkan album sulungnya Hello, I'm Dolly pada 1967 dan mencipta nama dengan pelbagai lagu hit pada 1970-an.
Menjelang 1980-an, beliau menjadi bintang besar dan memulakan kerjaya filemnya melalui komedi 9 To 5.
Album terbarunya bertajuk "Rockstar" diterbitkan pada 2023. Beliau turut muncul dalam versi lagu "Please Please Please" oleh Sabrina Carpenter baru-baru ini.
Dolly juga adalah pemilik bersama Dollywood Company, yang mengendalikan taman tema Dollywood di Pigeon Forge, Tennessee.
-- BERNAMA