HIBURAN

Drama biopik Britney Spears dikecam peminat

Madiha Abdullah 20/02/2017 | 06:00 MYT
Penerbitan Britney Ever After disifatkan tidak setaraf dengan status Britney Spears sebagai ikon pop.
DRAMA biopik yang berkisarkan kehidupan bintang pop, Britney Spears, disiarkan saluran Lifetime di Amerika Syarikat, pada Ahad.

Bagaimanapun biopik berjudul Britney Ever After itu menimbulkan kritikan dalam kalangan peminat Spears yang nyata tidak gembira dengan hasilnya.

Antara yang dikritik adalah pemilihan pelakon yang disifatkan ramai sebagai sangat tidak bersesuaian dengan karakter Spears, malah lakonannya juga tidak menepati piawaian seorang pelakon profesional.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Watak Spears dibawakan oleh Natasha Bassett, seorang pelakon dari Australia.

Loghat Australia dalam pengucapan dialog Bassett agak ketara, dan ia dilihat agak janggal memandangkan Spears berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turut dipersoalkan adalah pemilihan pelakon yang membawakan watak kumpulan pop NSYNC, di mana salah seorang anggota kumpulan itu, Justin Timberlake, merupakan bekas teman lelaki Spears.

Babak Spears dan Timberlake mengadakan dance off atau pertandingan menari sesama mereka, sebaik hubungan mereka ditamatkan, juga dianggap sebagai sangat pelik dan tidak logik.

Agak menggelikan hati apabila ada peminat yang meminta pihak Spears menyaman penerbit kerana menghasilkan satu biopik yang tidak berkualiti, tidak sesuai dengan statusnya sebagai ikon muzik.
#biopik #britney spears #muzik #pop