Drama tidak bermutu bukan refleksi (Video)

Astro Awani
Disember 19, 2012 12:21 MYT
Mutu sebilangan drama tidak mencerminkan kualiti keseluruhan industri program televisyen untuk sesebuah negara.
Bukan hanya di Malaysia mahupun Indonesia, drama yang tidak berkualiti turut diterbitkan di mana-mana negara.
Pandangan itu disuarakan pengarah terkenal Indonesia, Garin Nugroho ekoran kenyataan Julia Perez yang mengutuk drama Malaysia baru-baru ini.
Pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Vanidah Imran turut melahirkan pandangan sama.
Minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kes pergaduhan di antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Julia di laman Twitter kerana kenyataan tersebut.
Zed menjalankan siasatan dan mendapati kehadiran Julia untuk penggambaran filem "Sumpahan Malam Pertama" arahan Murali Abdullah adalah tanpa permit.
#Garin Nugroho #Julia Perez #kualiti drama televisyen #Seniman #vanidah imran #Zed Zaidi