"Duit aku bila nak bayar?" - Fathia Latiff tuduh bekas kekasih, Aiman Hakim

Gempak
September 20, 2018 10:47 MYT
Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.
PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mengundang kontroversi apabila mendedahkan bekas kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza tidak membayar hutangnya.
Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan menggelarkan pelakon itu dengan panggilan dayus.
"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitmodeon," tulis Fathia.
Walau bagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen di entri tersebut.
Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.
#Aiman Hakim #dayus #Fathia Latiff #Instagram #pelakon #pinjam wang