PELAKON dan pelawak Ebby Yus mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan ibadah umrahnya walaupun diuji dengan masalah kesihatan.
Ebby berkata, dia mengikuti rombongan umrah ke Mekah pada 16 Oktober lalu, namun mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan.
“Detik mencemaskan itu berlaku ketika mahu ke tandas di dalam kapal terbang. Masa tu dalam sejam lagi, kapal terbang tu akan transit di Maldives.
“Tiba-tiba berlaku gegaran kerana ‘air pocket’ dan saya pengsan. Ustaz kata ada dalam 10 minit juga saya tidak sedar.
“Bila saya sedar saya nampak ada orang di sisi saya dan saya dengar anak kapal buat pengumuman jika ada doktor atau jururawat yang boleh berikan bantuan.
“Kebetulan ada seorang jururawat dari Malaysia yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan dia tolong berikan rawatan awal kepada saya.
“Tiba saja di Lapangan Terbang Maldives, doktor di sana beritahu saya perlu dibawa ke hospital dan tak boleh teruskan perjalanan," katanya.
Kerana itu, Ebby terlepas peluang untuk mengikuti rombongan seperti yang dijadualkan.
“Sepatutnya rombongan kami ke Madinah dahulu sebelum masuk ke Mekah. Tapi disebabkan saya ‘sangkut’ empat hari di Maldives saya tak dapat sertai mereka.
“Ketika di hospital Maldives, doktor menyarankan saya untuk tinggal beberapa hari lagi, namun saya fikirkan tentang kos. Saya tak mampu nak bayar.
“Satu hari sahaja di hospital dan saya minta keluar. Saya dan Ustaz Ashraf ke lapangan terbang untuk membeli tiket ke Mekah tapi malangnya tiket tiada hingga kami terpaksa bermalam di Maldives selama empat hari.
"Jadi saya dan Ustaz Ashraf pun beli tiket terus ke Mekah kerana hari kelima rombongan sudah bergerak ke sana,” kata Ebby.
Bagaimanapun, Ebby bersyukur kerana urusannya untuk menyempurnakan ibadah umrah dipermudahkan, walaupun terpaksa berkerusi roda.
"Ini adalah ujian buat saya. Enam hari di Mekah saya terpaksa menggunakan kerusi roda ketika melakukan tawaf kerana masih belum kuat sepenuhnya.
“Namun, saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan walaupun perjalanan umrah kali kedua ini lebih memberi ujian," katanya.
Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakiy lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.
Gempak
Fri Nov 19 2021
Ebby Yus melalui dugaan yang besar sebelum diizinkan oleh Allah untuk menjejaki Masjidilharam di Mekah. - Gambar GEMPAK
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.
"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
"Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.
Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu
Penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.
Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu
Apa cerita terbaharu pelawak Ebby Yus selepas hampir 4 bulan mahligai impian lenyap sekelip mata dalam banjir pada Disember 2021?
Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk
Ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL.
Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur Datuk Zainal Abidin apabila menjadi mansa banjir itu.
Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah
"Orang lain banjir lumpur masuk ke dalam rumah mereka, rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa nak bersihkan lagi."
Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Rumah yang dibina di Kuala Langat itu hanya tinggal 10 peratus untuk siap dan Ebby kerugian hampir RM200,000.