HIBURAN

Ed Sheeran bakal berkolaborasi bersama BTS?

Astro Awani 25/11/2018 | 09:12 MYT
Ed Sheeran dilapor bakal mengadakan kolaborasi bersama kumpulan K-Pop sensasi BTS. -Instagram bts.bighitofficial
ED SHEERAN dilapor bakal mengadakan kolaborasi bersama kumpulan K-Pop sensasi BTS.

Perkara itu diluah Sheeran dalam temu bual terbaharunya bersama Heat World baru-baru ini.

Kolaborasi tersebut juga merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat kedua-dua gergasi industri muzik dunia ini.

BTS menerusi klip video muzik terbaharu mereka "DNA" terus mencipta fenomena apabila mencatat jumlah tontonan tertinggi sehingga ke hari ini.

#BTS #DNA #Ed Sheeran #Heat World #industri muzik #K-pop #kolaborasi