PELAKON terkenal, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019.
Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah'.
Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya.
Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.
Antaranya pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengucapkan tahniah kepada Elfira.
Tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan itu ialah pelakon Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Nabila Razali dan ramai lagi.
Astro AWANI difahamkan, selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.
Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.
Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Tahniah buat Elfira dan suami.
Astro Awani
Tue Jan 01 2019
ELFIRA LOY dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019. - Gambar Instagram Elfira Loy
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Elfira Loy selamat lahirkan bayi perempuan
Berita gembira itu dikongsikannya di IG story miliknya kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Anak Elfira Loy alami jangkitan paru-paru
Ibu mana yang tidak risaukan anaknya bila ditimpa sakit berpanjangan. Bagi pelakon, Elfira Loy, satu kelegaan buat dirinya bila mana akhirnya masalah anaknya yang kerap demam, batuk dan selesema.
Elfira Loy umum hamil anak kedua
Berita kehamilan Elfira mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti dan warga maya yang rata-ratanya menitipkan ucapan dan doa agar semuanya dipermudahkan.
Hasil kolaborasi negara seberang, Elfira Loy buat jualan tudung sambil beramal bagi mangsa COVID-19
Elfira diberi kepercayaan sebagai duta atau menjalinkan kerjasama dengan produk jenama tudung, Buttonscarves.
"Muka ayah dia sangat" - Dedah wajah, ramai puji anak Elfira Loy
Comelnya ..
Muhammad Rayyan Khalaf nama pilihan Elfira buat anaknya
Muhammad Rayyan Khalaf nama putera sulung kepada pelakon, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar
Tahniah! Elfira Loy selamat melahirkan anak sulung
Elfira Loy selamat melahirkan bayi sulungnya.
'Saya dah mula rasa takut nak bersalin' - Debaran Elfira Loy
Apabila ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya, Elfira menjawab dia kini lebih suka memandu kereta.
Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Tindakan seorang individu yang membunuh seekor monyet dengan cara menembaknya tular di media sosial sejak semalam.
Elfira Loy hamil anak pertama
Pelakon Elfira Loy mengumumkan dia sedang hamil anak pertama.