ENTERTAINMENT

Elfira Loy, Sufian Suhaimi bertunang esok

Nursyazwani Saiful Sham 05/10/2017 | 03:02 MYT
Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu. - Instagram / Elfira Loy / @elfiraloy
Pelakon Elfira Loy, 23, dan kekasihnya penyanyi, Sufian Suhaimi, 25, bakal bertunang esok, 6 Oktober.
Majlis pertunangan pasangan selebriti popular itu akan diadakan di kediaman keluarga Elfira, di Ampang.
Wakil media telah dijemput oleh pasangan sama cantik sama padan itu untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira beberapa bulan lalu. Pasangan kekasih ini berkongsi gambar menerusi akaun Instagram.

30/6/2017: Raya ke-6 . . All went as planned. Alhamdulillah.

A post shared by Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) on

Para peminat gemar untuk melihat perkembangan terkini pasangan ini terutama di Instagram dengan ‘caption’ yang mencuit hati.
BACA: Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bertunang Oktober ini
BACA: Kenapa harus pertikaikan keputusan saya untuk berkahwin Sufian Suhaimi?
#Bertunang #Elfira Loy #pelakon #penyanyi #Sufian Suhaimi