[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
ENTERTAINMENT

Elisya Sandha selamat lahirkan anak kedua, beri nama ‘Bahtera Elhaq’

Gempak 17/05/2025 | 04:10 MYT
Perkongsian Elisya bersama bayinya di wad bersalin. -Gempak/Instagram
PELAKON Elisya Sandha telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi lelaki yang diberi nama Bahtera Elhaq.

Ringkasan AI
  • Elisya Sandha selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi lelaki bernama Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy, dan berkongsi berita gembira itu di Instagram.
  • Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar pertama Elisya bersama bayinya di wad bersalin dan menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut serta rakan artis.
  • Elisya berkahwin dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan mereka sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Bunga yang kini hampir berusia tiga tahun.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Elisya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
"Indeed Allah is the best planner. Syukur Alhamdulillah, MashaAllah TabarakAllah. Assalamualaikum Son. Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy," tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Mohd. Faizal, 26, turut sempat berkongsi foto pertama bersama bayinya di wad bersalin.
Perkongsian tersebut menerima ribuan ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut dan rakan artis yang turut menzahirkan rasa syukur dan teruja atas kehadiran insan baharu dalam keluarga kecil Elysha dan suaminya, Uzair Haqimy.
Sekadar info, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga yang kini berusia hampir tiga tahun. -Gempak
#Elisya Sandha #anak kedua #bayi lelaki #Bahtera Elhaq #Uzair Haqimy