awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira

Gempak
Gempak
28/06/2015
07:42 MYT
Elizabeth Tan bukan punca kami putus tunang - Adira
Adira (kiri) meminta supaya tiada pihak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Shahrul Nasrun (kanan).
PENYANYI Adira meminta supaya tidak mengaitkan nama Elizabeth Tan yang kononnya menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun. “Saya harap tiada pihak yang mengaitkan Elizabeth menjadi penyebab kami putus tunang. Saya ada menghubunginya dan berbual-bual dengan Elizabeth. “Saya buat perkara tersebut kerana saya enggan dirinya rasa bersalah. Saya dan Elizabeth tidak bermusuh, malahan kami berkawan. “Saya enggan insan bernama lelaki memperkotak-katikkan golongan wanita seperti kami,” katanya seperti yang dilapor BH Online. Dalam pada itu, Adira juga turut menjelaskan bahawa ikatan pertunangannya bersama Shahrul sudah terputus sejak Mei lalu dan menganggap sebagai suratan takdir. "Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu dan ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan sesiapapun termasuklah Elizabeth Tan. "Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis. "Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga. "Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Dan saya sudah 'move on',” jelasnya. Selain itu, Adira juga enggan mengungkit kisah lalu dan mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu. “Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi dan bagi saya yang lepas itu biarlah berlalu. Tak perlu dikenang lagi. “Saya doakan yang terbaik untuk dia dan terima kasih atas segalanya.” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Adira
#Elizabeth Tan
#putus tunang
#Shahrul Nasrun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan