awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elyana jalani radioterapi di bahagian hati, pinggul

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/07/2021
09:43 MYT
Elyana jalani radioterapi di bahagian hati, pinggul
Elyana (gambar) berkongsi mengenai rawatan radioterapi di laman Instagramnya pada Isnin - Gambar Instagram Elyana
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Elyana, menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul di sebuah hospital swasta hari ini bagi merawat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.
Menerusi kemas kini di laman Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emriza, 34, berkata dia dimasukkan ke hospital sejak semalam.
"Malam ini (Isnin) tidur seorang diri di hospital.
"Tiba-tiba sayu rasa. Kebetulan sudah empat hari saya tak cukup tidur sebab sebelah badan sakit... tak tau kenapa. Tetapi saya jangka itu angin yang dah tangkap saraf," katanya dalam entri yang dimuat naik pada Isnin.
View this post on Instagram
A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)
Dalam entri sama, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu turut memuat naik gambar dia dalam keadaan tersenyum, sambil memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.
"Doakan radioterapi saya kali ini berjalan lancar dan semoga saya kuat," tulisnya lagi.
Sementara itu, perkongsian video di Instagram Story pula, Elyana dilihat memasuki wad radioterapi sekitar pukul 2 petang.
Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza.
Difahamkan, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017.
Kanser tersebut turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Pada Jun lalu, Elyana turut menjalani rawatan radioterapi.
Topic Berkaitan
#Instagram
#elyana
#Elyana hidap kanser limfoma
#Elyana jalani radioterapi
#Tak Tercapai Akalmu
#Instagram Story Elyana
#Kanser Elyana
#COVID-19
#PKP 3 0
#hiburan Malaysia
#Selebriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan