Empat filem Malaysia tercalon di AIFFA 2025

Keputusan rasmi dan pemenang akan diumumkan pada AIFFA Gala Night, hari ini di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching. - Foto AIFFA
KUALA LUMPUR: Empat filem Malaysia berjaya tersenarai dalam beberapa kategori di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 15 Nov.
Ringkasan AI
- Empat filem Malaysia tersenarai dalam Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025: Abang Adik, Babah, Reversi, dan Simple Manusan, memperlihatkan kemajuan industri perfileman tempatan di peringkat serantau.
- Filem Abang Adik mencuri perhatian dengan pencalonan dalam beberapa kategori utama seperti Lakon Layar Terbaik dan Filem Terbaik, menampilkan potensi Malaysia sebagai pencabar utama dalam AIFFA 2025.
- Penceritaan dan kualiti teknikal filem-filem ASEAN dipuji sebagai gabungan yang mengagumkan, mencerminkan kerencaman budaya, sejarah, dan latar sosio-ekonomi rantau ini, menunjukkan pengiktirafan terhadap kreativiti tempatan.
Filem Abang Adik mencuri perhatian festival itu apabila menerima pencalonan dalam kategori Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Wu Kang-Ren, Pengarah Terbaik (Jin Ong) dan Filem Terbaik.
Filem Babah pula tersenarai dalam kategori Suntingan Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Sweet Qismina dan Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali).
Manakala filem Reversi mendapat pencalonan bagi kategori Suntingan Filem Terbaik, sementara filem Simple Manusan tercalon dalam Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Mogan Chandra Dass.
Pencalonan itu meletakkan Malaysia sebagai antara pencabar utama dalam AIFFA 2025, sekali gus memperlihatkan kreativiti dan mutu pembikinan filem tempatan yang semakin diiktiraf di rantau ASEAN.
Sementara itu, Ketua Juri AIFFA 2025, U-Wei Saari menyifatkan penceritaan dan kualiti teknikal filem-filem ASEAN sebagai gabungan yang mengagumkan, mencerminkan kerencaman budaya, sejarah dan latar sosio-ekonomi rantau ini.
Keputusan rasmi dan pemenang akan diumumkan pada AIFFA Gala Night, hari ini di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching.
Pencalonan melibatkan sembilan kategori itu turut menyenaraikan pencalonan filem dari negara seperti Filipina, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Brunei.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


