BAGAI mati hidup semula.
Itu luahan penyanyi malar hijau, Azman Warren yang berkongsi pengalaman terkena serangan strok sebanyak empat kali sejak dua tahun lalu.
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
“Kali pertama kesihatan saya merosok secara mendadak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Mungkin sebab waktu itu tak boleh keluar bekerja mencari rezeki, fikiran saya kusut dan melayang.
“Awal 2020, doktor sahkan saya mengalami major stroke sekali gus lumpuh separuh badan. Terduduk saya waktu itu.
"Pernah saya mempersoalkan takdir kenapa ini terjadi kepada saya sedangkan saya tidak merokok, tidak mengambil minuman beralkohol dan menjalani kehidupan sihat.
“Seiring masa, saya belajar menerima ketentuan takdir malah anak lelaki saya, James Adam Warren banyak berikan kata-kata semangat untuk saya terus berjuang melawan sakit.
"Bila kita kuat semangat, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
Menelusuri perjalanan sebagai anak seni sejak tiga dekad lalu, Azman mengakui mengejar populariti bukan lagi agenda utama dalam hidupnya.
Azman yang pernah muncul dalam album kompilasi Ikhlas pada 1991 yang turut menampilkan Zainal Abidin, Zubir Ali, Afdlin Shauki, Amir Yussof, dan Sheila Majid kini selesa dikenali sebagai penyanyi jalanan dengan stail tersendiri.
“Mungkin ada di antara penyanyi lama yang segan nak buat show di tepi jalan atau depan kedai makan.
"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan kerja begini kerana melihat orang terhibur dengan persembahan saya, ia bagaikan terapi jiwa buat saya.
“Tahun ini masuk tahun kelima saya menghiburkan pengunjung di hadapan kedai-kedai makan.
"Kebiasaannya saya akan mula memetik gitar dan hiburkan pengunjung seawal jam 7 pagi dan berakhir sekitar 1 tengah hari,” kata Azman yang menjadikan lokasi restoran sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Ampang Jaya sebagai lokasi busking.
Kongsi penyanyi berketurunan Melayu-Inggeris ini, besar harapan agar kesihatannya kembali pulih memandangkan banyak perancangan yang mahu diselesaikan tahun depan.
Fokusnya kini untuk mengetengahkan isu perjuangan pelarian Rohingya yang memerlukan perhatian dan bantuan sewajarnya.
“Sejak dari dulu lagi saya berniat untuk turun padang dalam membantu golongan Rohingya.
"Ketika menetap di Australia dulu, saya banyak melibatkan diri dalam projek kemanusiaan membantu mereka yang kurang bernasib baik di sana.
“Jika diizinkan Allah SWT, saya berniat mewujudkan sebuah komuniti atau tempat khas khusus untuk etnik Rohingya mengikuti latihan kemahiran ke arah memastikan warga negara berkenaan berkemahiran dalam bidang tertentu.
“Ini penting untuk mereka kerana mungkin ada yang tidak bersedia bekerja atau majikan tidak bersedia kerana pelarian Myanmar tidak mempunyai kemahiran asas.
"Sebagai penghibur, saya bersedia untuk masuk ke lokasi pedalaman dan membuat persembahan berhibur sambil menderma,” akhirnya ceria.
Faida Rahim
Sun Sep 25 2022
AZMAN WARREN: Sejujurnya, saya tiada masalah dengan kerja begini kerana melihat orang terhibur dengan persembahan saya, ia bagaikan terapi jiwa buat saya. -Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.