KUALA LUMPUR: Setelah hampir empat tahun 'bertapa', Ramayan akhirnya tampil bersama album terbaharu bertajuk ‘Di Persiaran Cakrawala’.
Album ini mengandungi 10 buah lagu dengan atmosfera dan mood yang bervariasi, dimana para pendengar dibawa ke sebuah pengembaraan emosi dan pengalaman ‘sonic’ yang berbeza dengan album sebelum ini.
Album ini menampilkan lagu Single ‘Lamunan Anak Bulan’, yang telah dinobatkan sebagai pemenang ‘TAPAU Awards’ dalam kategori Lagu Terbaik Disember 2020 lalu.
Mengambil masa dua tahun dalam produksi pembuatan, ia juga menampilkan pemuzik berkaliber dari Indonesia, Mondo Gascaro selaku penerbit bersama yang telah meluangkan masa selama sebulan di Malaysia untuk bekerja sama dalam proses rakaman album ini.
Album yang dirakamkan di studio Ronggeng, Luncai Emas ini menggunakan teknik rakaman ‘track-by-track’ dan kebanyakannya menggunakan barangan musik “vintage” untuk mendapatkan kualiti dan nuansa rakaman seperti zaman 70an.
Penyanyi, pemain gitar dan pemain keyboard, Ramayan Syafie Muhammad Nasir, berkata Lamunan Anak Bulan dipilih sebagai single kerana percaya ia permulaan terbaik untuk memperkenalkan muzik mereka.
“Kami pilih Lamunan Anak Bulan sebagai single sebab kita percaya bahawa lagu ini adalah mukaddimah yang terbaik untuk mengenalkan orang ramai kepada muzik kami, terutamanya album kami yang baru ini.
"Waktu kami melancarkan album pula, satu negara sedang menjalani PKP, dan orang ramai pula dalam keadaan murung.
"Disebabkan itu kami rasa bahawa lagu ini dapat menaikkan semangat pendengar yang sedang merenungi nasib masing-masing," katanya.
Album ini mengambil masa dua tahun kerana proses adunan muzik yang sering diulang-ulang dan diperbetulkan.
"Susah untuk kami sebagai band untuk berpuas hati dengan hasil kami. Adakalanya sudah puas hati, tapi apabila didengari semula selepas beberapa hari, diperbetulkan lagi.
"Kami inginkan supaya album ini menjadi sebuah album yang menyerlah dari segi nilai komersial dan juga nilai kritikal, oleh itu kami meluangkan masa dalam produksi lebih lama,” katanya lagi.
Sementara itu, Omar Saifuddin (pemain bass) memberitahu, konsep album Di Persiaran Cakrawala simboliknya mengisahkan tentang pengembaraan kearah kedewasaan secara peribadi dan sebagai band Ramayan dalam menghasilkan album tersebut secara amnya.
"Seperti proses pembelajaran dari segi penulisan lagu, lirik, dan emosi. Sumbangan idea dari setiap ahli band, dan kendalian kerja disebalik lagu seperti bahagian teknikal mixing dan mastering (pascaproduksi)," katanya.
Bunyian ‘Di Persiaran Cakrawala’ terinspirasi dari musik-musik pada masa lalu terutamanya dari artis-artis seperti The Beatles, Todd Rundgren, ABBA, David Bowie, dan artis legenda Nusantara seperti Sweet Charity, Kembara, dan Allahyarham Sudirman Haji Arsyad.
Kekuatan album ini adalah pada sebuah konsep yang lengkap ‘berpakej’, dimana musiknya adalah selari dengan visual yang dilihat pada desain kulit album serta fesyen yang diragakan mempengaruhi tema retro-futuristik.
Terdahulu, Ramayan telah berjaya melebarkan sayapnya dan membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi mini-tour dan persembahan di festival luar negara, iaitu di Jakarta, Indonesia dan Seoul, Korea Selatan.
Ramayan juga telah dipilih untuk menjadi kugiran pembukaan buat kugiran terkenal dari Australia, ‘The Temper Trap’ pada tahun 2017, dan berkongsi pentas bersama-sama para pemuzik unggul dari Indonesia seperti kugiran Barasuara dan Matajiwa (Anda Perdana).
Astro Awani
Thu Mar 04 2021
Mengambil masa dua tahun dalam produksi pembuatan, ia juga menampilkan pemuzik berkaliber dari Indonesia, Mondo Gascaro selaku produser bersama. - Gambar Ihsan Ramayan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
'Puas'single terbaharu dari Ramayan
'Puas' merupakan satu-satunya lagu yang ditulis oleh bekas ahli Ramayan; Naz (pemain keyboard) dan Amin (gitaris) yang asalnya ditulis untuk projek sampingan mereka.
Empat tahun bertapa, Ramayan muncul dengan Di Persiaran Cakrawala
Kekuatan album ini adalah pada sebuah konsep yang lengkap berpakej, dimana musiknya adalah selari dengan visual yang dilihat pada desain kulit album.