HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
Ajai menegaskan, dia sentiasa menyokong perkembangan industri muzik tanah air dan berharap semua pihak dapat menyelesaikan perbezaan pandangan secara matang.
PENYANYI dan komposer, Ajai tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya ketika mengulas mengenai isu hak cipta yang melibatkan kumpulan, 4U2C.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, kenyataan yang dikeluarkannya bukan bertujuan untuk menyinggung atau menyekat mana-mana pihak daripada terus berkarya.
“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C.
“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram.