HIBURAN

ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini

Astro Awani 12/01/2026 | 10:00 MYT
ERA menegaskan komitmen untuk kekal relevan dengan pendengar muda melalui inovasi, keterhubungan, dan penekanan terhadap teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif.
ERA, stesen radio nombor satu Malaysia, mengumumkan barisan penyampai baharu yang lebih segar dan dinamik bagi memberikan kelainan kepada pendengar setia.


Ringkasan AI
  • ERA mengumumkan barisan penyampai baharu yang lebih segar dan dinamik untuk memberikan kelainan kepada pendengar setia, sebahagian daripada strategi untuk kekal relevan, terutamanya kepada golongan muda dan remaja.
  • Terdapat perubahan menarik seperti format tiga penyampai untuk slot Petang ERA dan gandingan Ashhrapp dan Syasha kembali bersama untuk slot Malam Chill ERA, menjadikan ERA satu-satunya stesen radio dengan konsep dua penyampai untuk segmen malam.
  • ERA menegaskan komitmen untuk kekal relevan dengan pendengar muda melalui inovasi, keterhubungan, dan penekanan terhadap teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, langkah ini adalah sebahagian daripada strategi ERA untuk terus relevan, khususnya kepada golongan muda dan remaja.

"Kami mahu membawa wajah-wajah baharu yang lebih segar untuk memberikan kelainan kepada line-up penyampai ERA.

"Pertukaran ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat baharu, tetapi juga menonjolkan potensi mereka," kata Azah.



Antara perubahan menarik termasuk kembalinya format tiga penyampai untuk slot Petang ERA selepas sekian lama hanya menampilkan dua orang. Slot itu menampilkan Haziq dan Munabella bergandingan dengan Der.

Selain itu, gandingan Ashhrapp dan Syasha yang sudah lama tidak berdua kini kembali bersama untuk slot Malam Chill ERA, menjadikan ERA satu-satunya stesen radio yang mengekalkan konsep dua penyampai untuk segmen malam.



Lebih menarik, Der dan Ashhrapp mula bertugas secara rasmi mulai hari ini, menandakan permulaan baharu yang penuh semangat untuk ERA dan pendengar setia.

Segmen 3 Pagi ERA pula akan terus kekal bersama trio popular Nabil, Pak Azad dan Radin, manakala segmen ERAthon masih diterajui oleh Fazziq Muqris. Sementara itu, peminat muzik akan terus menikmati Gempak Hit ERA yang kekal bersama Isha Norsham.

Bagi hujung minggu, ERA akan terus menampilkan variasi dengan penyampai sambilan dan finalis Penyampai Baharu ERA (PBE). Kecuali Aqil, yang akan mengendalikan segmen Malam Minggu ERA setiap Sabtu dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Azah menegaskan, "Ini adalah strategi ERA untuk memas kan kami kekal relevan dan dekat dengan pendengar muda. Kami percaya perubahan ini akan memberikan pengalaman mendengar yang lebih segar dan menyeronokkan."

Beliau turut menambah, "Masa depan ERA adalah tentang inovasi dan keterhubungan. Kami bukan sahaja mahu menjadi stesen radio yang menghiburkan, tetapi juga platform yang membina komuniti.

"Dengan teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif, ERA akan terus berevolusi untuk memenuhi gaya hidup pendengar.

"Kami akan terus melahirkan bakat baharu, memperkukuh interaksi dengan peminat, dan memastikan ERA menjadi pilihan utama generasi muda."



ERA ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ERA menampilkan lagu-lagu popular, hit terkini dan menjadi pilihan utama pendengar, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Malaysia.

Dengan hampir 6 juta pengikut di media sosial, ERA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Hit Terkini.

Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuti ERA di platform media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi ERA melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan perubahan barisan penyampai baharu oleh ERA?
    A: Tujuan perubahan ini adalah untuk memberikan kelainan kepada pendengar setia, terutamanya golongan muda dan remaja, serta untuk kekal relevan dalam industri radio.
  • Q: Apa yang menonjolkan perubahan dalam barisan penyampai ERA?
    A: Perubahan menonjolkan format tiga penyampai untuk slot Petang ERA dan kembalinya gandingan Ashhrapp dan Syasha untuk slot Malam Chill ERA, menjadikan ERA stesen radio yang unik dengan konsep dua penyampai untuk segmen malam.
  • Q: Bagaimanakah ERA merancang untuk memastikan relevansi dengan pendengar muda?
    A: ERA merancang untuk terus berevolusi dengan fokus kepada inovasi, keterhubungan, teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif, serta melahirkan bakat baharu untuk memenuhi gaya hidup generasi muda.



#Nabil Pak Azad dan Radin #Gempak Hit ERA #barisan penyampai baharu #Ashhrapp dan Syasha