HIBURAN

Erra, Ezwan nikah 12 Disember ini

Faida Rahim 02/12/2025 | 09:06 MYT
Pada awal tahun ini juga, kecoh dalam media sosial Erra dikatakan sedang dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon tanah air, Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya Ezwan Zain pada 12 Disember depan.


Ringkasan AI
  • Erra Fazira mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember depan dalam majlis pelancaran muzik video.
  • Ezwan Zain, yang mengakui hubungan serius dengan Erra sejak Ogos 2024, merancang membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.
  • Erra Fazira, yang sebelum ini dikatakan dilamun cinta, semakin terbuka dengan hubungannya bersama Ezwan di media sosial.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Erra atau nama sebenarnya Erra Fazira Wan Chek, 51, mengumumkan berita gembira tersebut di hadapan media di majlis pelancaran dan tayangan perdana muzik video, Cinta Abadi 2025 pada Selasa petang.

"Bismillah, InsyaAllah saya rasa ini berkat doa semua, dengan izin Allah sekiranya tiada aral melintang pada tanggal 12 Disember bersamaan dengan hari Jumaat saya ... ini tangisan gembira, bukan tangisan sedih.

"Saya menjemput semua rakan media dan semua datang mendoakan agar majlis pernikahan saya berlangsung dengan baik dan penuh keberkatan. Jadi, tanggal keramat saya 12 Disember 2025," katanya diiringi tangisan air mata.

Pada Mac lalu, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr E' mengakui hubungan Erra yang mula terjalin sejak Ogos 2024, semakin serius.

Sehubungan itu, Ezwan, 44, mendedahkan, dia merancang membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih baik, seperti yang diharapkan ramai orang.

Pada awal tahun ini juga, kecoh dalam media sosial Erra dikatakan sedang dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu, Erra yang juga pernah meraih gelaran Ratu Cantik Malaysia itu dilihat semakin terbuka dengan hubungannya, apabila muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan di platform media sosial.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Bilakah Erra Fazira mengumumkan perkahwinannya dengan Ezwan Zain?
    A: Erra Fazira mengumumkan perkahwinan dengan Ezwan Zain pada 12 Disember dalam majlis pelancaran muzik video.
  • Q: Siapakah Ezwan Zain dan apakah perancangan beliau dengan Erra Fazira?
    A: Ezwan Zain, yang mengaku hubungan serius dengan Erra sejak Ogos 2024, merancang membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.
  • Q: Mengapakah Erra Fazira semakin terbuka tentang hubungannya dengan Ezwan Zain?
    A: Erra Fazira, yang sebelum ini dikatakan dilamun cinta, semakin terbuka dengan hubungannya bersama Ezwan di media sosial.



#Erra Fazira kahwin #Ezwan Zain #Mr E #Maria Mariana